Home > Personaliti > Temu bual Eksklusif Bersama Riccardo Tisci
Temu bual Eksklusif Bersama Riccardo Tisci
Membawa nama Givenchy ke suatu tahap baru yang sering diberi perhatian, pengarah kreatif jenama itu iaitu Riccardo Tisci sarat dengan visi serta kreativiti sendiri. Daya artistiknya tidak terbatas di Givenchy, tetapi melangkau kolaborasi bersama jenama lain serta selebriti berpengaruh seperti Kanye West, Rihanna dan terbaru Beyonce serta Jay-Z untuk konsert jelajah mereka, On The Run. Kostum hebat dipakai Beyonce menjadi bualan seterusnya mencipta momen tersendiri. Ikuti temu bual eksklusif bersama pereka fesyen ini mengenai rekaannya yang disarung Beyonce di atas pentas .
Inspirasi anda untuk kostum dipakai Beyonce?
Riccardo Tisci: Kami adalah teman rapat. Begitu juga dengan team kami. Tahun lalu (2014) merupakan kali ketiga berturut-turut kami ke MET Gala bersama dan kami membuat keputusan untuk berjumpa selepas itu bagi membincangkan idea untuk kostum yang Givenchy bakal hasilkan untuknya. Semasa duduk berbincang tentang naratif idea tersebut, saya merenung wajah sempurnanya lantas terfikir akan idea kecantikan yang begitu kuat dan membuatkan saya mengimbas kembali kepada era dahulu. Lalu saya terfikir, Beyonce merupakan wajah Pin Up kala ini. Seorang wanita yang seksi, kuat dan jelita, seperti Betty Paige atau Raquel Welch di zaman mereka. Terus ianya dijadikan inspirasi, Pin Up dunia moden. Kami membuat keputusan untuk menggunakan inspirasi itu ditambah elemen koboi atau Bonnie and Clyde yang berani.
Dalam usaha menghasilkan lakaran tersebut, saya singkap kembali gambar Pin Up kegemaran saya. Saya menekankan kepada Betty Paige kerana tahu Beyonce juga mengangkat beliau sebagai inspirasi. Juga Monica Vitti, Brigitte Bardot, Marilyn Monroe dan Amanda Lear yang masing-masing merupakan figura Pin Up sendiri di zaman mereka. Beyonce juga bercakap tentang musiknya, lagu apa yang akan disampaikan serta pergerakan yang akan dilakukan ketika memakai sesuatu kostum. Ianya menjadikan konsep pakaian lebih menarik. Sebaik sahaja dia memberi tajuk sesebuah lagu, saya terus membayangkan pakaian yang pernah dipakai olehnya sewaktu mempersembahkan lagu tersebut. Dia juga sentiasa membawa moodboard bersama. Team dia amat mengagumkan, dengan cepat mereka memberi contoh gabungan visual hasil idea yang Beyonce sampaikan. Semuanya sangat membantu, mereka menunjukkan foto padang pasir indah serta gambar binatang sewaktu pengambarannya itu. Sungguh memberi inspirasi!
Kostum kegemaran sewaktu ‘On The Run’ dan kenapa?
Riccardo Tisci: Saya serta team berusaha keras dalam menghasilkan setiap ceraian. Oleh kerana Givenchy merupakan rumah adi busana di Paris, kami mempunyai atelier yang menjahit segala-galanya dengan tangan. Ianya termasuklah batu 3D, kristal, bintang dan paillettes – dijahit satu persatu. Sut badan ‘Ratu Gotik’mengambil masa 1,000 jam untuk dihasilkan. Skirt bendera Amerika itu pula dihasilkan dalam masa 500 jam. Ianya sungguh dramatik, sepanjang lima meter dengan berat hanya 500 gram, oleh itu ia lembut berterbangan apabila ditiup angin. Corak bintang pada bendera itu juga disulam tangan. Sebuah ceraian yang memukau!
Pembentangan Koleksi Terbaru Max Mara di KLCC
Mimpikita Kini Bukan Lagi Sekadar “Mimpi”
5 Most Stylish Athletes!
Walaupun Masih Muda, Raeesa Sya Dan Rita Sosilawati, Sudah Pun Mendominasi Dunia Kecantikan Tanah Air
GLAM Profil: Gillian Hung
Most GLAM 2017, Meet Society’s Most Glamorous Achievers, Nora Khalid Bersama 10 Lagi Jelitawan Berjaya
Pada pandangan anda, seberapa pentingkah elemen fesyen dalam konsert ini?
Riccardo Tisci: Sangat penting. Musik Beyonce sangat visual. Ianya merupakan trademarknya. Kesemua kostum melambangkan dia – fierce serta gaya jalanan yang urban. Untuk On The Run, kami menggabungkan kedua elemen tersebut. Sewaktu konsert berjalan, dia menyarungkan sut badan vinyle dengan baju yang diikat di pinggang. Manakala kutang dipadan dengan jumpsuit ciri maskulin sebagai top. Dia sungguh versatil. Kami bermain dengan gayanya dan menambahkan ciri feminin ke maskulin. Skirt panjang itu diinspirasikan dari Bonnie and Clyde tetapi diolah lembut agar ringan beterbangan kala ditiup angin. Segalanya berkenaan dengan paradoks buat Beyonce. Dia seorang penghibur juga ibu, melambangkan kekuatan dan keayuan. Kami mahukan kostum tersebut memiliki ciri itu.
Elemen fesyen berjalan seiring dengan konsert – ia memberi gambaran serta mood tentang Beyonce itu sendiri.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026


