Vibe Mewah dan Penuh Kelas Oleh Selebriti Untuk Karpet Merah NAACP Awards
Ikon Fesyen: Shalom Harlow
Akhirnya Menswear Oleh Isabel Marant!
Taruhan Terkini ECCO, Sentuhan Natacha Ramsay-Levi untuk Gaya Lebih Segar
10 Pereka Fesyen Terkaya 2024 , Buat Anda Teruja Ceburi Dunia Fesyen
Home > Fesyen > Selebriti Dalam Persalinan Chanel

Selebriti Dalam Persalinan Chanel

Chanel bersama Charles Finch menganjurkan acara makan malam sebelum berlangsungnya malam Anugerah Oscar yang lalu. Selebriti yang hadir termasuk wajah Chanel seperti Keira Knightley dan Kristen Stewart tampil anggun dalam persalinan rumah fesyen itu.  

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERKeira Knightley

  Wajah Coco Mademoiselle & Rouge Coco yang sedang sarat hamil ini anggun mengenakan top hitam tanpa lengan yang disuai padan dengan skirt putih chiffon dari koleksi Haute Couture spring/summer 2015.  

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERRinko Kikuchi

  Pelakon kelahiran Jepun ini memilih padanan jaket tweed dan dress pendek dengan clutch perak beserta sepatu hitam.  

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERDree Hemingway

 

Top dan skirt kasmir rona kelabu navy dari koleksi Spring/Summer Ready-to-Wear Chanel menjadi pilihan aktres ini. Dipadankan dengan but paten hitam dari koleksi fall/winter, dia membias gaya peribadi.

 

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERJulianne Moore

  Padanan dress organza serta kasut tumit tinggi hitam dari koleksi Cruise 2015 ini membuatkan Julianne Moore tampak effortlessly chic.  

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERKristen Stewart

  Dress tweed dipakai wajah kempen tas tangan koleksi spring/summer 2015 ini kena dengan jiwanya yang sedikit andorgyny.  

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERRiley Keough

  Cucu kepada Elvis Presley ini buktikan bahawa Chanel juga sesuai digayakan orang muda dengan padanan top sutera, celana dan jaket dalam rona monokrom.     Gambar: TPGVIP