Burberry mencipta satu lagi sejarah baru dengan kempen pemasaran terbarunya yang meraikan seni artistik dan kreativiti berteraskan British. Kempen terbaru ini menggabungkan illustrasi asal pelukis British, Luke Edward Hall dan potret dari jurugambar masyhur, Mario Testino.
Kempen ini menyatukan semula ‘wajah’ Burberry terdahulu yakni model, Eddie Campbell dan pelakon, Callum Turner. Bersama-sama dengan karya seni artistik dari Luke Edward Hall, kempen ini meraikan koleksi menswear dan womenswea r yang mengetengahkan sebilangan item ikonik Burberry termasuk trench coat dan beg patchwork.
Eddie Campbell dan Callum Turner Bersatu Semula
Eddie Campbell dan Callum Turner bersatu kembali untuk kempen kedua mereka bersama Burberry. Kempen ini menandakan tahun ke-10 sejak Eddie Campbell membuat debut untuk Burberry. Sejak itu Campbell sering menampilkan diri di setiap kempen Burberry dan terkini dia tampil untuk membuat pertunjukan pembukaan untuk koleksi wanita jenama itu pada Februari 2016 di London Fashion Week.
Sejak tampil dalam kempen Burberry pertamanya pada 2011, Callum Turner telah menerima BAFTA Breakthrough Brits Awards dengan perkongsian bersama Burberry. Anugerah yang merupakan satu inisiatif untuk menyokong masa depan bintang di UK di dalam bidang perfileman, televisyen dan permainan. Selain itu, dia turut membintangi filem termasuk ‘Queen & Country’, ‘Viktor Frankenstein’, siri televisyen, ‘War & Peace’ dan bakal muncul dalam filem ‘Assassin Creed’.
Karya Luke Edward Hall
Kempen terbaru Burberry ini turut menyaksikan potret asal dan illustrasi still life yang dihasilkan oleh Luke Edward. Karya yang menghidupkan lagi warna, corak dan tekstur di dalam koleksi Burberry ini menggunakan campuran teknik dan bahan termasuk cat air, kapur, minyak pastel dan arkilik. Edward juga melukis tangan latar belakang untuk beberapa imej kempen- menggabungkan lukisan kabur dan fotografi buat kali pertama dalam kempen Burberry.
Hasil karya Edward bakal di pamerkan di Burberry 121 Regent Street dari 11 Jun hingga akhir bulan.
Mario Testino
Marino Testino dianggap secara meluas sebagai salah seorang jurugambar potrait zaman ini dan telah lama bekerjasama bersama Burberry, shooting untuk kempen Burberry selama 15 tahun. Burberry adalah antara penyokong pameran Mario Testino termasuk Mario Testino: In Your Face (Sao Paulo, 2014), Private View (Beijing, 2014) dan Potraits (London, 2002).
Koleksi Kempen Burberry
Pameran kempen ini menampilkan koleksi pakaian lelaki dan wanita dan pertama kali menggunakan label single ‘Burberry’. Koleksi kali ini menampilkan penggunaan campuran corak dan tekstur yang diilhamkan dari artis British, pemuzik dan sejarah. Antara koleksi yang dipamerkan ialah Patchwork bag, outerwear style termasuk military coat dan the iconic heritage trench coat dan buckle boots untuk wanita.
Something Old, Something New, Something Borrowed, Something Blue
Di perkenalkan pada January 2016 di pameran Burberry di London. Koleksi pakaian lelaki ini menampilkan outerwear termasuk trench coats, topcoats, duffle coats, military pea coats and parkas, yang direka semula untuk bersantai di hujung minggu dan koleksi ini juga memperkenalkan rekaan beg baru, The Satchel bersama reka bentuk kasut baru, The Driver dan The Derby.
Koleksi Wanita Berinspirasikan Patchwork
Dipamerkan di London Fashion Week pada Februari 2016, gabungan corak dan tekstur koleksi ini dinspirasikan dari artis British, pemuzik dan sejarah.
The Patchwork
Dipamerkan bersama koleksi womenswear Februari 2016 di London Fashion Week, direka khas dengan lima ilustrasi berbeza oleh Luke Edward. Setiap lukisan mencerminkan setiap individu dan ciri-ciri unik yang dimiliki. Setiap beg dinamakan dengan bandar, jalan atau kampung di British. Beg ini dihasilkan daripada campuran fabrik dari klasik House Check kepada kulit ular berkilat dan lembut English Suede.
[soliloquy id="48183"]
[soliloquy slug="burberry-campaign"]
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
