oleh: amira azman
Fenomena di laman Youtube sekarang adalah memuat naik video “Instagram Makeup Tutorial”, “Instagram Selfie Makeup Tutorial” dan banyak lagi. Revolusi solekan kini kian menjadi-jadi dan trend ini menjadi hit terutamanya di kalangan wanita-wanita muda.
Jadi, what’s with this trend? Berbaloikah hanya dengan bersolek tebal, kontur melampau, olesan highlighter terlebih-lebih hingga boleh memantul kembali sinar cahayanya (jika anda lihat solekan ini secara realitinyalah…). Namun sesudah mendapat shot yang cantik, tidak sampai lima minit, solekan itu dipadam kerana tidak mungkin kita ingin keluar rumah dengan bersolek begitu. Benar, bukan? Isu ini menarik perhatian saya tiap kali saya terbuka ruang Explore di laman Instagram, pasti dalam 10 gambar, ada beberapa yang mengambil gambar selfie seperti ini.
Ikutkan kajian yang dilakukan, ternyata generasi kini gemar sekali menangkap gambar selfie. Apa yang menjadi keutamaan mereka adalah kesempurnaan hasil rupa di dalam gambar selfie itu. Mungkin juga ini punca utama mengapa trend solekan ini menjadi popular.
Justeru itu, makin banyak pula jenama-jenama kosmetik yang mengeluarkan item kecantikan yang menawar efek pencahayaan, teknik airbrush juga solekan camera-ready dan photo finish untuk membantu mereka mencapai solekan Instagram ini.
Baru-baru ini, saya berbual dengan teman, rumusannya wanita-wanita yang gemar bersolek tebal seperti ini seakan tidak memiliki personalitinya yang tersendiri. Ada yang beritahu saya, “All woman with this kind of makeup does look the same to me. Mereka boleh salahkan Kylie Jenner atau Kim Kardashian, namun sebenarnya mereka ini tidak memiliki signatur solekan yang melambangkan kecantikan sebenar diri”.
Kadang-kadang diri tertanya, adakah mengenakan solekan tebal di Instagram bertujuan untuk mendapat bilangan followers yang ramai? Sepertinya andaian saya ini benar kerana saya sering melihat para ‘wanita cantik’ ini setiap kali saya menaip hashtag #makeupoftheday.
[soliloquy id="49455"][soliloquy slug="instagram-vs-realiti"]
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
BY Syafiqah Alkaf
May 28, 2026
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
BY Tyraa Bahari
May 26, 2026
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
BY Tyraa Bahari
May 22, 2026
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
BY Syafiqah Alkaf
May 21, 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

