Kim Kardashian West Accidentally Membongkar Jantina Anaknya
Emilia Clarke Tampil Chic Walau Bertongkat
Elak Kuman Pada Alat Solek
Victoria’s Secret Fashion Show Bakal Diadakan di Shanghai?
Angelina Jolie Cuba Menjalani Kehidupan Normal Namun Gagal
Home > Uncategorized > Ucapan Kate Middleton Yang Menyentuh Perasaan

Ucapan Kate Middleton Yang Menyentuh Perasaan

  Duchess of Cambridge Kate Middleton baru-baru ini dijemput sebagai tetamu terhormat untuk gala Pace2Be .   Selepas membuat kemunculan di parti teh kanak-kanak di National History Museum di London kelmarin, Duchess of Cambridge Kate Middleton menyampaikan satu ucapan yang menyentuh perasaan ramai semasa majlis Place2Be Wellbeing in School Awards.     Kebajikan di mana Duchess merupakan penaungnya mementingkan kebajikan emosi untuk kanak-kanak, suatu tujuan yang Duchess sudah selalu menyuarakan.   “Saya telah diberi peluang beberapa tahun ini untuk  melawat beberapa buah sekolah dan berjumpa dengan guru-guru, sukarelawan dan juga ibu-bapa yang membantu merealisasikan usaha Place2Be” katanya. “Bersama anda memastikan pelajar-pelajar anda bahawa mereka ada tempat untuk pergi, seseorang yang akan mendengar ataupun suatu tempat yang selamat untuk mereka.”   “Sebab anda semualah , di masa mereka memerlukannya kanak-kanak ini mendapat bantuan, penjagaan dan perhatian yang akan membantu mereka ketika mereka melalui situasi yang susah dalam hidup mereka.”   Duchess Kate Middleton juga mengingatkan yang orang dewasa juga boleh meminta bantuan apabila diperlukan.   “Orang yang paling bertuah pun boleh menghadapi cabaran dalam hidup mereka. Tidak kira sekuat mana pun kita nampak dari segi luaran, kita semua memerlukan bantuan dari masa ke semasa.”   Oleh: Ai Nazmi Norzaid