Majlis Makan Malam Miu Miu “Women’s Tales”
Jaden Smith & Cara Delevingne Berkolaborasi Untuk Filem Tragik
Previu Rancangan Terbaru Kylie Jenner: Life of Kylie
Sebuah Meme Di Twitter Antara Rihanna dan Lupita Nyong’o Bakal Menjadi Kenyataan
Jay-Z Merayu Kepada Beyoncé Untuk Tidak Meninggalkannya
Home > Uncategorized > Nafas Baharu America’s Next Top Model

Nafas Baharu America’s Next Top Model

This revamp version of the legendary reality competition will put you on the edge of your seat!  
jpg-1469206487

Sumber: VH1

  Lengkap dengan pengehos, Rita Ora serta panel hakim baru seperti Jaw Roach, Ashley Graham dan Drew Elliot, musim terbaru rancangan realiti America’s Next Top Model bakal memberi nafas baru tontonan ramai tidak lama lagi!   Tinggal beberapa hari lagi hingga tayangan perdana musim ke23 rancangan yang sebelum ini dihos khas oleh supermodel, Tyra Banks. Kini, Tyra masih terlibat dengannya tetapi di belakang tadbir sebagai penerbit eksekutif.   Tyra juga difahamkan akan membuat penampilan khas dalam beberapa episod. “Saya bukan mencari model tradisional biasa. Saya juga tidak mencari model media sosial. Saya mencari kedua-duanya.”, Kata Tyra, yakni pengasas ulung rancangan tersebut. 14 peserta dari seluruh Amerika Syarikat bakal bertanding dalam siri yang ditunggu-tunggu ramai itu.     Selain daripada Tyra Banks, selebriti ternama seperti Chanel Iman, Zendaya, Amber Rose, Tinashe dan DJ khaled turut diundang sebagai tetamu khas sepanjang musim terbaru America’s Next Top Model ini. Pemenang musim ini bakal menerima $100,000, di samping menjadi wajah Rimmel London dan spread fesyen dalam majalah Paper. Beliau juga akan menandatangani kontrak bersama VH1 selama setahun.       Oleh: Aizat Azman Shah