Selena Gomez Terima Buah Pinggang Daripada Teman Baik Sendiri
Bella Hadid Berkongsi Perasaan Sebenarnya Selepas Berpisah dengan The Weeknd
Maria Grazia Chiuri Berpindah Dari Valentino Ke Dior
Irina Shayk Berjalan Di Runway Dengan Kandungannya
Bella Hadid Menjalinkan Hubungan Dengan Someone Special
Home > Uncategorized > Diane Von Furstenberg Bersuara Tentang Melania Trump

Diane Von Furstenberg Bersuara Tentang Melania Trump

Setelah beberapa pereka fesyen yang berpengaruh dalam dunia fesyen menyuarakan pendapat mereka mengenai Melania Trump, pereka fesyen Diane von Furstenberg pula mengongsikan pendapatnya tentang perkara ini.

 

 

“Donald Trump telah dilantik dan dia akan menjadi presiden kita. Melania berhak menerima penghormatan kita seperti mana penghormatan diberi kepada Wanita-wanita Pertama sebelumnya,” Diane memberitahu WWD.

 

Ahli Lembaga CFD itu turut berkata bahawa peranan pereka-pereka fesyen dalam industri fesyen adalah untuk mengenengahkan kecantikan, keterangkuman dan juga kepelbagaian. Pereka-pereka fesyen juga patut mencuba sedaya upaya untuk menjadi contoh yang boleh mempengaruhi orang ramai.

 

Kenyataan Diane bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Tom Ford baru-baru ini.

 

“Dia tidak mencerminkan imej saya” kata Tom Ford.

 

Jeremy Scott dan Sophie Theallet antara pereka-pereka pertama yang bersuara mengenai Melania Trump dan mereka tidak sudi untuk memakaikan atau meminjamkan pakaian mereka untuk  Melania Trump.

 

Manakala Tommy Hilfiger pula berkongsi pendapat dengan Diane von Furstenberg.

 

“Saya menganggap dia sebagai seorang wanita yang sungguh jelita. Mana-manapun pereka fesyen akan berbangga jika diberi peluang untuk menggayakan Melania”, jelas Tommy.

 

Will the debate over Melania Trump and the designers ever end?

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid