KLFWRTW 2016 Day 2: Diantara Aura Elegan Dengan Revolusi Fesyen Baru

Oleh: Nur Sofea
 
Kehangatan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFWRTW) 2016 diteruskan lagi pada hari kedua. Sazzy Falak, Scha Al-yahya, Yasmin Hani, Vanida Imran, Elaine Daily, Lisa Surihani dan Fazura terus menghiasi barisan hadapan.
 
Pertunjukan pada hari kedua dimulakan dengan acara Piala Seri Endon. Puan Nori Abdullah turut dijemput memberi  ucapan. Acara yang mengetengahkan elemen batik ini  menampilkan Fiqbah xPPY, Foxy Aswad dan Amirul Fadzuan kemudian diteruskan dengan Nigel Chia, Zsay dan Zaimi Zulkafli. Koleksi Zsay nyata menjadi tumpuan dengan animated printt dan penggunaan palet warna terang.
 
Slot seterusnya diteruskan dengan  koleksi dari Liza Zulkarnain, Maslea KL, Ezuwan Ismail, Lana, Amelia Hassan dan Merecca.  Koleksi Merreca yang menampilkan elemen songket  menjadi tarikan untuk slot petang itu.
 
Slot 5 petang meyaksikan Casey Gan telah berjaya merangkul anugerah dari penaja dan berjaya memenangi percutian ke Paris. Pertunjukan diteruskan dengan koleksi dari Schmiley Mo by Diana Rikasari, Comoddity, Casey Gan, Justin Chew dan My Apparel Zoo. Corak geometric ilham dari Suprematism menjadi pilihan untuk koleksi Cassey Gan sememangnya mencuri tumpuan.
 
Acara diteruskan lagi dengan koleksi dari Tarik Jeans by Jiman Casablancas dan penggunaan palet pastel  dan drape untuk koleksi evening wear  Nurita Harith menjadi tumpuan utama malam itu.
 
Acara kemuncak menyaksikan gadget terbaru dari Huawei.  Pentas peragaan menjadi meriah dengan model mengambil selfie di atas pentas kemudian disambung pula dengan penari yang menari sambil memperagakan koleksi jam tangan elektronik Huawei.
 
Pereka dari Australia menyerlahkan lagi acara dengan rekaanya dan diakhiri dengan acara paling dinanti ramai, pertunjukkan koleksi Alia Bastamam yang menampilkan gaya signaturenya iaitu siluet anggun yang memberikan rasa effortless luxury.
 

POST A COMMENT