Pereka Carolina Herrera Akan Menyokong Melania Trump

 

Dunia fesyen masih lagi bebelah bahagi dalam ‘memilih’ pihak antara yang akan menggunakan bakat mereka untuk memakaikan Melania Trump dengan rekaan mereka dan pereka-pereka yang tidak mahu ada kena mengena pun dengan Melania.

 

Pereka seperti Diane von Furstenburg, Tommy Hilfiger dan ikon fesyen André Leon Talley antara nama-nama besar fesyen yang sudah pun menunjukkan sokongan mereka untuk bakal First Lady Amerika Syarikat tersebut. Manakala pereka-pereka seperti Jeremy Scott, Sophie Theallet dan Tom Ford menentang habis-habisan idea memberikan pakaian mereka kepada Melania Trump.

 

Baru-baru ini lagi satu pereka ternama Carolina Herrera telah menyertai kumpulan pereka-pereka yang akan menghasilkan pakaian untuk Melania.

Carolina berkata bahawa ianya merupakan suatu penghormatan untuk diberi peluang berbuat demikian.

 

“Sudah tentu saya akan berbuat demikian untuk dia sebagai First Lady negara ini. Sudah tentu sekali,” nyata Carolina.

 

Pereka mana lagi yang bakal mengeluarkan kenyataan untuk memakaikan Melania dengan rekaan mereka atau tidak? We’re getting curious here.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid

POST A COMMENT