Bintang Louis Vuitton Sophie Turner Bertunang Dengan Joe Jonas
Rihanna Membidas Lawak Snapchat Perihal Keganasan Rumahtangga
Kenapa Paris Jackson Mula Menarik Parhatian Ramai?
Netizen Berang Dengan Editorial Fesyen Karlie Kloss Untuk Sebuah Majalah Besar
Lady Gaga Membintangi Kempen Terbaru Tiffany & Co. Untuk Super Bowl
Home > Uncategorized > Camila Cabello Dinobat Duta Baharu L’Oreal Paris

Camila Cabello Dinobat Duta Baharu L’Oreal Paris

  Camila Cabello bakal memenuhkan lagi portfolionya — beliau dinamakan sebagai duta jenam kecantikan gergasi, L’Oreal Paris baru-baru ini! Bekas penyanyi kumpulan Fifth Harmony ini menyertai barisan duta-duta senarai A-list lain, seperti Blake Lively, Irina Syayk dan Eva Longoria. Penyanti petit ini telah keluarkan sebuah kenyataan, “Saya sangat teruja untuk menyertai barisan keluarga ternama ini yang terdiri dari pelakon, penyanyi, model dan mereka yang mengejar impian dan mengikuti suara dalam mereka.”   “Saya sangat bersyukur akan peluang besar yang diberi mereka untuk bekerja sama buat kempen-kempen bernada kenaikan semangat buat wanita dan gadis di seluruh dunia. Tidak terlupa juga menjalani penggambaran di kota Paris!!! Bagi mereka yang sedang mengejar impian masing-masing di luar sana, we’re worth it!” sambung bintang berkelahiran Cuba itu.    Semenjak meninggalkan Fifth Harmony, Camila sibuk meletakkan kerjaya solonya sebagai keutamaan. Beliau juga dikhabarkan bakal melancarkan album pertamanya sendiri September ini, berjudul The Hurting. The Healing. The Loving. Camila juga telah berganding bahu bersama Bruno Mars buat tour konsertnya, 24K Magic Tour.