Menata sebuah kediaman yang bersaiz terhad sememangnya menjadi sesuatu yang mencabar. Tambahan pula apabila anda sudah mempunyai idea dan cita rasa tertentu yang menebal untuk memastikan kediaman ini menjadi refleksi terbaik pemiliknya. Oleh itu ramai yang memilih untuk menggunakan khidmat pereka untuk melunaskan wajah kediaman seperti yang diimpikan. Menarik kali ini, perhubungan sebagai rakan menjadikan proses melengkapi kediaman ini lebih mudah kerana mereka saling memahami.
Memasuki unit rumah townhouse ini, taman mini seakan taman zen gaya ala Jepun menjadi pilihan lengkap kolam kecil. Pemiliknya, Eylia Yunos memilih untuk mengorbankan garaj letak kereta untuk dijadikan sebagai ruang laman di sini. Ternyata ia percaturan yang bijak kerana menaikkan lagi seri seni bina kediaman ini. Melangkah masuk, ruang garaj bawah ini turut diubah menjadi ruang duduk untuk kegunaan suaminya melayan tetamu dan juga menjadi pilihan si kecil untuk menonton jika tidak mahu diganggu. Rasa ruang yang diserikan gaya vintaj namun lebih moden dipilih agar tidak terlihat sarat untuk ruang yang terhad. Menaiki tingkat atas, ia menempatkan ruang umum seperti ruang makan dan ruang tamu yang diatur bijak dalam mainan palet yang begitu harmoni.
Oleh kerana begitu menyukai idea Chinoiserie, gabungan koleksi ala Baba Nyonya dan vintaj yang menjadi pilihan Eylia melatari hampir kesemua ruang termasuklah kamar beradu dan kamar kecil. Sedikit elemen drama dan klasik menyerikan perincian untuk melengkapi cita rasa pilihan sang suami. Di sinilah tugas penting Zaza Zahir yang mewakili Zhreka Sdn Bhd, sebagai pereka hiasan dalaman yang dilantik. Dia perlu memastikan sentuhan idea yang selari di segenap pojok kediaman namun masih kekal praktikal dan indah.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
