fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sebuah Muzium Baru Di Paris Akan Didedikasikan Kepada Fesyen
Ketua Pengarang Vogue Arabia Dipecat Hanya Selepas Dua Isu
Gaya Jalanan London Fashion Week Spring 2015
KLFW16: Muzik Video “Flashing Light”
Cara Delevingne, Kristen Stewart, Pharell Williams, & Caroline de Maigret Untuk Kempen Gabrielle
Home > Uncategorized > Kendall Jenner Pula Dikatakan Hamil?

Kendall Jenner Pula Dikatakan Hamil?

Kim Kardashian West dan Khloé Kardashian sudah mengesahkan kehamilan mereka sebelum 2017 berakhir dan ramai juga beranggapan Kylie Jenner kini berada di peringkat terakhir kehamilannya selepas kad Hari Natal tahunan keluarga mereka menunjukkan yang Kylie tidak ditampilkan bersama. Time will tell agaknya. Namun baru-baru ini, melalui entri foto Kendall Jenner pada malam 30 Disember, spekulasi model tersebut kini hamil mula menjadi topik perbincangan dalam kalangan netizen.

 

A post shared by Kendall (@kendalljenner) on

Foto yang menjadi punca spekulasi tidak munasabah ini? Sekeping foto menampilkan Kendall mengenakan dress ketat yang menampakkan susuk tubuhnya. Sejurus selepas dia berkongsikan foto tersebut, ruangan komen Instagram Kendall terus menjadi riuh dengan gosip dan spekulasi.

 

Kendall mengendalikan hal ini dengan cara paling mudah dia boleh fikirkan dengan penggunaan media sosial, yakni Twitter dan menyatakan, “i just like bagels ok!!!”