Bra untuk Semua Acara Rekaan Victoria’s Secret
Fenty Puma by Rihanna Kembali Ke Minggu Fesyen Paris
Blake Lively Ratu Fesyen Cannes
Ayuh Berpesta! Bergaya dengan H&M Innovation Circular Design Story
Syomirizwa Gupta Lancar Koleksi Cruise dan Raya
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Penampilan Kemewahan Chanel Melalui CODE COCO Bertatah Berlian

Penampilan Kemewahan Chanel Melalui CODE COCO Bertatah Berlian

Diberi gelaran “CODE COCO” pilihan jam tangan keluli tahan karat nan mewah terbaru dari Chanel ini menampilkan dua versi berbeza mengikut citarasa pemakai; keluli tahan karat dengan motif berkuilt atau versi keluli tahan karat dengan kemasan batu berlian (52 biji batu berlian mewah) kegemaran pengasas Maison Chanel, Gabrielle ‘Coco’ Chanel.

 

Chanel CODE COCO: Keluli tahan karat dengan motif kuilt tanpa berlian.

Rekaan unik jam tangan ini juga merupakan inspirasi daripada tas tangan ikonik Chanel 2.55 (lihat kancingnya) dan memberi rupa dan gaya persis memakan gelang tangan yang chic dan menawan. Motif kuilt pada CODE COCO juga diambil daripada tas tangan yang sama.

 

CODE COCO mengabadikan signatur Maison Chanel yang digemari oleh mendiang pengasas rumah fesyen itu sendiri dengan sentuhan kemodenan untuk disesuaikan dengan perubahan arus masa kini.

  [envira-gallery id=”75998″]