Coach Lights Up Shanghai: Sinergi Jiwa Barat & Oriental
Jiwa kota New York yang diterbangkan ke Shanghai bagi mempersembahkan koleksi pra-musim luruh 2019 Coach oleh Stuart Vevers. Malah pertunjukkan fesyen tersebut telah menghasilkan sinergi unggul lantas memegun orang ramai.

Gambar Orangimage Studio
Taraf status sosial dan gaya hidup masyarakat China telah mengangkat dunia fesyen pada suatu tahap tertinggi. Pertumbuhan minat terhadap jenama antarabangsa juga mendorong Coach untuk lebih dekat lagi dengan Shanghai dan oleh itu destinasi tersebut menjadi pilihan Coach.
Kota Shanghai ibarat mencerminkan tenaga yang selaras dengan New York kerana kedua-dua kota ini dikenali sebagai kota yang penuh tenaga, kebebasan, dan kelainan. Bertempat di Pusat Seni West Bund, Vevers telah meraikan keunikan kota New York bersama penghuni Shanghai.

Mempamerkan sisi New York yang jarang dipertontonkan kepada dunia, Coach menerapkan beberapa elemen yang unik kepada kota ini. Aneka jaket kulit, bomber, bulu dengan pelbagai potongan menambah seri kepada dress floral beralun dan blaus aneka rona.
[envira-gallery id="86976"]
Pilihan aksesori pula menampilkan ceraian seperti sepatu chunky dan aneka tas tangan yang menampilkan rekaan signatur Coach. Terutamanya beg Dreames yang diberikan nafas baru lebih moden dan unik.
Kali pertama peragaan pentas Coach Lights Up Shanghai berlangsung di Shanghai sejajar dengan berlangsungnya parti ulang tahun ke-15 jenama Coach dipasarkan di negara China. Semestinya fesyen ikonik New York mendapat sambutan menghangatkan di Shanghai dan dua unik budaya pun menyatu.
Antara selebriti menyerikan acara tersebut seperti pasangan kegemaran Malaysia Fazura dan Fattah Amin, Kiko Mizuhara, Sui Jianguo, Timmy Xu, Lawrence Wong, Liu Wen, termasuk anggota BLACKPINK Ji Soo dan Rosé.
[soliloquy id="87228"]
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
