Kylie Jenner Memberikan Dress MET Gala Pertamanya Kepada Kembarnya
Foto Rasmi Tunku Tun Aminah & Dennis Muhammad
Dendam Kate Winslet
Behati Prinsloo dan Adam Levine Kongsi Gambar Anak Sulung
Angelina Jolie Cuba Menjalani Kehidupan Normal Namun Gagal
Home > Uncategorized > Ratu Elizabeth Membuat Debut Front Row Sewaktu Minggu Fesyen London

Ratu Elizabeth Membuat Debut Front Row Sewaktu Minggu Fesyen London

Pada usia 91 tahun 303 hari, Ratu Elizabeth membuktikan kepada dunia yang bukan Kate Middleton dan Meghan Markle sahaja harus diberi perhatian when it comes to fashion. Mengejutkan orang ramai, dan Anna Wintour sendiri, apabila dia membuat kemunculan sewaktu pertunjukan koleksi Richard Quinn.

 

Foto Alpha Press

Terkenal dengan persalinan sut, skirt dan kadangkala kot panjang dalam pelbagai rona monokrom menarik, Ratu Elizabeth tampil dengan mengenakan sut rekaan Angela Kelly. Tetapi bolehkah anda bayangkan Ratu Elizabeth dalam persalinan Richard Quinn?

 

Tujuan penampilan Ratu Elizabeth sewaktu pertunjukan itu adalah untuk menganugerahkan Quinn dengan Anugerah Ratu Elizabeth II untuk Rekaan British. Anugerah ini ditujukan kepada pereka British baru yang telah membuktikan bakat mereka dan menunjukkan yang mereka memegang nilai positif terhadapt komuniti dan polisi kelestarian yang kukuh.

 

Caroline Rush, Ratu Elizabeth, dan Anna Wintour.
Foto Alpha Press

Ratu Elizabeth mencuri perhatian tatkala dia dikepit oleh dua nama besar industri fesyen yakni Ketua Eksekutif British Fashion Council, Caroline Rush dan Ketua Pengarang Vogue US Anna Wintour.