Bobbi Brown Akan Meninggalkan Bobbi Brown
International Women’s Day Disambut Dengan Meriah Oleh Selebriti
Pereka Fesyen Ternama Penuhi Front Row Victoria’s Secret 2016!
Penyamaran Justin Bieber di Amsterdam Gagal
Putera William Berkongsi Kisah Dia Menghadapi Pemergian Ibunya
Home > Uncategorized > Duchess of Sussex, Meghan Markle, Kini Hamil

Duchess of Sussex, Meghan Markle, Kini Hamil

Hampir lima bulan selepas perkahwinan mereka, Duchess of Sussex Meghan Markle kini dilaporkan hamil dan bakal menimang cahaya mata bersama Putera Harry menjelang musim bunga tahun hadapan.

 

Istana Kensington mengesahkan hal ini melalui pengumuman rasmi di Twitter di Instagram.

Their Royal Highnesses The Duke and Duchess of Sussex are very pleased to announce that The Duchess of Sussex is expecting a baby in the Spring of 2019.   Their Royal Highnesses have appreciated all of the support they have received from people around the world since their wedding in May and are delighted to be able to share this happy news with the public.

Orang ramai mula membuat spekulasi sewaktu majlis perkahwinan Puteri Eugenie di mana Markle dilihat mengenakan kot longgar ke majlis tersebut. Malah beberapa laporan turut menyatakan Markle dan Putera Harry telah mengumumkan berita gembira ini pada hari yang sama apabila kesemua ahli kerabat diraja berkumpul pada Jumaat yang lalu.

 

Musim bunga di UK bermula pada 20 Mac hingga 21 Jun.