Kim Kardashian West Accidentally Membongkar Jantina Anaknya
Mangsa Gangguan Seksual Bersatu Di Bawah Hashtag #MeToo
Serena Williams Is Pregnant!
Status Hubungan Juliana Evans Kini Bukan Lagi Classified Information
Kes Taylor Swift Diraba Masih Lagi Diperbincangkan
Home > Uncategorized > Hailey Baldwin Kini Bergelar Hailey Bieber?

Hailey Baldwin Kini Bergelar Hailey Bieber?

Berbulan pihak media cuba untuk mengupas kesahihan status hubungan Hailey Baldwin dan Justin Bieber baru kini segalanya nampak jelas. At least on Instagram.

 

Hunny buns punkin

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Awal musim panas tahun ini gosip mula tersebar bahawa Bieber dan Baldwin, yang menjalinkan hubungan semula selepas berpisah pada tahun 2016, telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sulit. Namun tiada pengumuman mahupun pengesahan dibuat daripada kedua-dua belah pihak sehingga kini.

 

Selain pendaftaran perkahwinan, mereka juga dilihat telah membeli hartanah bersama dan mendapatkan tatu bersama namun menurut People, Bieber berkeras mengatakan mereka belum benar-benar berkahwin sehingga mereka menjalankan majlis di gereja.

 

Selain itu, Bieber dan Baldwin secara tidak langsung telah mengesahkan khabar angin yang menjadi pertanyaan ramai ini pada akaun Instagram masing-masing.

 

Bieber menggunkana frasa “my wife” dalam kapsyen Instagramnya membuatkan orang ramai mula merasa teruja dengan hubungan pasangan ini.

 

My wife is awesome

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Namun Baldwin pula mengumumkan hubungan mereka secara rasmi dengan menukar nama Instagramnya dari @haileybaldwin kepada @haileybieber dan menukar namanya juga kepada Hailey Rhode Bieber.

 

Aren’t they just the sweetest lil thing?