Sembang Fesyen: Fairuz Ramdan
Alexander Wang Membawa Haluan Dari Balenciaga
Syifa Hadju & El Rumi Rasmi Bertunang, Terima Cincin Berlian 3 Karat!
Selfie: Models Edition
Kenali Izza Atirah, Wanita Pilihan Aazief Khalid
Home > Personaliti > Most GLAM 2018: Alicia Amin

Most GLAM 2018: Alicia Amin

Gambar Chuan Looi

Kariernya memuncak dalam bidang modelling. Dan kini wanita tinggi lampai berkulit sawo matang, Alicia Amin, 24, mempertaruhkan kerjayanya dalam bidang lakonan pula. Menurut Alicia, apabila terikat dengan drama atau filem sudah tentu karier modelling tidak akan serancak seperti sebelumnya. Pun begitu dia dapat membuat beberapa kempen besar pada tahun ini sepert FashionValet antaranya dan dapat berjalan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week. Alicia juga dipilih sebagai salah seorang wajah GLAM pada awal tahun ini dan nyata ini adalah satu pencapaian buatnya dalam industri fesyen tanah air. Beralih kepada bidang lakonan Alicia juga kini sudah menembusi pasaran Singapura. Bagi Alicia, berpeluang bekerja dengan produksi Singapura dan diberi watak utama lakonanya sudah diterima ramai adalah satu. Alicia Amin akui dia selesa bekerja dalam dua bidang yakni modelling dan lakonan. Dia terus mencabar dirinya untuk menjadi yang terbaik dalam dua bidang yang diceburinya.