“Saya Pasang Impian Mahu Menjadi Atlet Professional” – Siti Safiyah
Bicara Mahkota Rambut Bersama Dynas Mokhtar
Nasib Seorang Gadis Yang Hidup Sebagai Doppelgänger Beyoncé
Siapa Teman Lelaki Olivia Rodrigo? Segalanya Tentang Louis Partridge
Malam Titian Budaya
Home > Personaliti > CHEONG JUN HOONG

CHEONG JUN HOONG

Buat sesi penggambaran yang berlangsung selama dua hari, penerjun yang mesra dipangil Jun merupakan atlet pertama yang hadir pada pagi sesi pertama penggambaran itu. Bertubuh genit, Jun yang sedang melalui tempoh rawatan di atas kecederaannya gembira menerima jemputan sesi fotografi ini. Membuka bicara, dia rancak bercerita mengenai pembabitannya di dalam sukan terjun yang bermula ketika dia berusia sembilan tahun. Ketika itu jurulatih yang berasal dari China mencari bakat-bakat baharu yang ingin diketengahkan untuk sukan terjun. Peluang terbuka ini dimanfaatkan dan dia merupakan salah seorang daripada individu yang berjaya melayakkan diri. Bermula daripada itu, dia menjalani latihan yang berlangsung hampir setiap hari pada waktu petang usai sesi persekolahan. Kini rutinnya juga masih berlegar pada sesi latihan yang padat. Sebagai salah seorang atlet Malaysia, dia perlu menghadiri latihan berpusat untuk kesemua atlet juga latihan khusus tatkala menjelangnya pertandingan yang besar. Melihatkan sifatnya yang tenang saya lantas tertanya bagaimana persona muda ini menghadapi tekanan tatkala menjelangnya acara besar yang membabitkan nama-nama besar daripada peringkat antarabangsa. “Saya memilih untuk melihat setiap pertandingan itu secara normal dengan menganggapnya sebagai salah satu sesi latihan yang perlu dihadapi setiap hari.”

KACA MATA RANGGI JENAMA PRADA BERSAMA SINGLET SUKAN NIKE JUGA KASUT SUKAN JENAMA SAMA MENGIRINGI SKIRT MIDI SENTUHAN EZZATI AMIRA