Penantian 19 Tahun Berbaloi, Farah Ann Akhirnya Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
Penantian 19 tahun akhirnya berbaloi di mana akhirnya ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya mara dan kembali beraksi di pentas sukan Olimpik!

Gimnas berusia 25 tahun itu mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas meraih slot di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Stuttgart, Jerman. Perkara yang cukup membanggakan seluruh rakyat Malaysia itu turut disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Twitter.

Terdahulu, Farah tampil dengan aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan individu ‘All Around’ dalam kejohanan berkenaan. Untuk melayakan ke Sukan Olimpik, Farah perlu menduduki sekurang-kurangnya kelompok 24 terbaik dalam kalangan peserta yang bertanding.

Farah Ann pernah menghiasi sampul hadapan GLAM pada Disember 2017.
Kali terakhir gimnas negara beraksi di Olimpik adalah menerusi Au Li Yen yang layak ke Sydney 2000 menerusi acara palang sejajar. Apa-apa pun, all the best Farah, you can do this!
Sumber: ASTRO Awani / Gambar: Instagram @farahann94
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
