Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Sejenak – Dekorasi Majlis Keraian Indah
Dekorasi istimewa buat majlis keraian menyuntik rasa istimewa buat tetamu sambil menikmati juadah dan hidangan sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

Mainan rona ceria sesuai untuk yang memilih lokasi luar di tepi kolam renang untuk menjamu tetamu. Ruang santai bermain palet seperti biru firus, kuning lemon dan jingga terang menerbitkan gaya tropika yang selesa namun masih tampak praktikal. Seleksi perkakasan dan aksesori ada di H&M Home.
Tip Dekorasi Majlis Istimewa
- Tentukan tema mengikut kesesuaian majlis untuk menajdikan acara ini lebih meriah. Tidak hanya mengehadkan tema untuk pakaian, tema dekorasi juga mampu mengubah suasana ruang majlis untuk lebih bergaya saat dipotretkan. Tetapkan dari awal bermula daripada jemputan, anda sudah boleh menetapkan gaya yang menjadi tema mengikut kesesuaian lokasi.
- Gunakan barangan yang anda miliki tanpa perlu membeli kesemuanya baru. Ia turut boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk membina gaya hiasan atau tema majlis. Kebanyakkan set dinnerware hadir dalam pelbagai gaya seperti oriental, moden, baroque, semuanya praktikal untuk majlis anda. Anda juga boleh memetik bungaan segar dari laman sebagai dekorasi.
- Biarpun apa sahaja tema yang dipilih, pastikan anda mengekalkan gaya kasual untuk memastikan tetamu yang hadir dapat menikmati majlis tanpa perlu rasa terikat dan bosan. Tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu, ilham kasual memudahkan kita untuk menyesuaikan keadaan bergantung pada lokasi, keadaan majlis dan tetamu.
- Lengkapkan ambien dengan suntikan aroma. Lilin haruman pilihan paling romantis namun anda turut boleh mencuba alternatif lain seperti bungaan segar lili dan mawar, gubahan rempah ratus juga potongan buahan segar untuk membangkit aroma dan deria bau para tetamu yang hadir.
- Pilihan menu yang segar mampu menjadi topik yang baik. Oleh itu olahan palet yang berbeza menjadikan tetamu teruja menikmati pilihan hidangan yang disediakan. Rasa fusion yang menjentik mainan rasa boleh anda cuba seperti sushi rendang, spaghetti masak lemak juga salad bersos tomyam.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
