Memilih gabungan warna untuk ruang kediaman sememangnya antara cabaran dalam melengkapi dekorasi. Bergantung kepada gaya yang ingin dicipta, setiap satu warna memberi impak berbeza pada ruang.

Pilihan warna terang buat unit kondo bersaiz lebih dari 1,500 kaki persegi ini bijak bermain warna dalam satu ruang yang luas. Padanan warna terang tampil ceria saat disertakan pancaran cahaya semula jadi yang mendominasi ruang kediaman.
Tip
- Pilih warna dari persekitaran di ruang yang sedia ada. Jika anda menggunakan kemasan lembut bercetak atau bercorak, pilih warna berdasarkan corak yang terdapat pada kemasan lembut tersebut. Ambil warna yang kelihatan paling dominan sebagai warna asas permulaan.
- Mulakan dengan ruang yang lebih formal khususnya ruang tamu, ruang makan juga ruang laluan sejurus memasuki ke kediaman. Ini kerana ia merupakan ruang yang anda gunakan untuk menerima kehadiran tetamu. Sesudah menetapkan skema warna di sini, ambil satu warna dari ruang sebegini dan bawakan ke ruang lain.
- Untuk yang buntu dalam menentukan bagaimana anda mahu memilih warna untuk kediaman, antara teknik yang boleh anda cuba adalah dengan melihat kembali koleksi warna yang anda gunakan untuk pakaian seharian. Secara amnya, pakaian merupakan warna yang anda selesa untuk lihat dengan kerap. Jika anda merasakan pilihan itu kelihatan terlalu janggal, mungkin rona ini boleh dihadirkan dengan pemilihan perabot ataupun aksesori besar lain.
- Formula 60-30-10 adalah langkah mudah untuk anda bermain dengan warna. Angka 60 merujuk kepada warna dominan yakni warna pada dinding ruang, 30 pula adalah warna kedua yang sesuai untuk aplikasi kemasan lembut dan 10 adalah aksesori penegasan bagi rasa lebih peribadi pada ruang.
- Jika anda mempunyai ruang yang sedikit terhad, cuba gunakan warna yang mencuri pandangan untuk memastikan ia kelihatan menyerlah berbanding diseragamkan bersama ruang besar dan utama yang lain.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
