5 Online Shop Deko Lokal
Trend Rekaan Kamar Mandi Terbaik 2020
GLAM Deko Personaliti – Bicara Pakar Warna
Libur – Percutian Hujung Minggu Lost World of Tambun, Ipoh
Rekaan Hebat – Teknologi Udara Sejuk
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > #StayHomeWithGD – Resipi Sajian Kuih-Muih Klasik

#StayHomeWithGD – Resipi Sajian Kuih-Muih Klasik

Memasuki minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai yang sudah semakin buntu dengan menu makanan yang perlu disaji pada keluarga. Kebanyakan mula mencari resipi mudah di internet bagi menghabiskan masa malah ada juga yang semakin rajin menyediakan sajian minum petang buat seisi keluarga. Kali ini GLAM Deko kongsikan dua sajian kuih klasik yang boleh anda cuba untuk hidangan minum petang. Selamat mencuba!

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Apam Gula Hangus Bahan- Bahan Dua biji telur Satu cawan gula Satu cawan air Setengah cawan minyak Dua sudu besar susu pekat Dua sudu besar marjerin Satu setengah cawan tepung serbaguna Cara Menyediakan
  1. Masak gula pasir diatas api sehingga cair keperangan. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian biarkan ia sejuk seketika.
  2. Sediakan pengukus dan panaskan.
  3. Pukul telur, susu, minyak bersama marjerin sehingga sekata. Masukkan gula hangus tadi dan teruskan memukul bahan berkenaan.
  4. Kemudian, masukkan tepung serba guna dan pukul sehingga adunan menjadi sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  6. Kukus selama 15 minit atau sehingga apam menjadi gebu.
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse