Curahan idea empunya town house, diolah sempurna bersama. Berlegar dalam cita rasa minimal bersatu dalam terjemahan gaya industrial jalinan rustik.

Memilih untuk tidak menghias mengikut aliran trend semasa, pasangan suami isteri, Mimi dan Fauzan lebih selesa bereksperimen dengan cantuman idea bersama buat menterjemahkan dekorasi impian kediaman jenis town house yang terletak di The Glades, Putra Height. Kesan kontras dicipta dengan menampilkan raw wall sebagai dinding tumpu yang memberi kesan rustik keseluruhan konsep ruang. Biarpun tidak menetap di sini, pasangan ini bertuah kerana ibu bapa mengambil alih tanggungjawab menjaga kediaman ini sepanjang tempoh berkelana di luar negara atas tuntutan kerjaya.


Mementingkan perincian, Mimi dan Fauzan memulakan dengan memberi perhatian kepada pemilihan elemen material untuk impak gaya lebih menarik. Dinding asal berubah wajah dengan penampilan raw dan industrial. Penggunaan bata merah mencuri tumpuan dinding utama, membentuk karakter yang diinginkan. Kebijaksanaan Mimi dan suami bermain dengan elemen ini mencipta padanan serasi juga tepat untuk menampilkan pilihan konsep yang ingin diserlahkan.

Apabila ditanya mengenai reka bentuk perabot yang menghiasi kediaman ini, Mimi menyatakan dia tidak mengehadkan pada satu-satu jenama, paling penting keunikan dan karakter setiap satunya. “Saya juga bertuah kerana kerjaya membawa kami sekeluarga merantau ke serata dunia. Kami cantumkan bersama idea-idea juga koleksi perabot dalam membentuk penggayaan ruang kediaman sendiri,” bicara Mimi yang berkelulusan dalam bidang seni bina sealiran dengan suami tercinta.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
