fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Wajib Tonton Netflix: Next In Fashion Kini Kembali!
Fesyen Karpet Merah Paling Mencuri Perhatian Di Brit Awards 2024
Carlo Rino Kongsi Koleksi Terkini Tahun Baru Lunar
Laporan GLAM: Fresh Takes Pra-Musim Luruh 2018
Dari Loewe Ke Dior: Jonathan Anderson Mulakan Pengembaraan Baru
Home > Berita > Stay At Home, But Make It Fashion!

Stay At Home, But Make It Fashion!

Dalam keadaan pendamik Covid-19 yang melanda global sekarang, tiada ada sesiapa pun yang terkecuali dari bahayanya. Semua orang perlu berjaga-jaga agar tidak terkena dengan wabak kotor ini. Maka, kelompok fesyen juga tidak hanya senyapkan diri. Masing-masing memberikan tenaga agar mampu menolong kelompok frontliners mahupun masyarakat sekeliling. GLAM bangga melihat orang fesyen Malaysia yang menghabiskan masa di mesin jahit masing-masing untuk menjahit gaun perubatan juga topeng muka. Selain meyediakan keperluan asas, rumah fesyen juga tidak melupakan tentang mereka yang berjuang duduk di rumah. Banyak aktiviti yang disediakan bagi mengisi ruang kosong agar duduk di rumah dipenuhi dengan acara berfaedah. Ini antara yang dilancarkan oleh rumah fesyen agar anda tidak bosan.

Prada Possible Conversations: Dialog di antara dua personaliti tentang budaya, seni dan fesyen. Ia dilancarkan melalui Instagram Prada. Wawancara secara langsung ini membolehkan penonton untuk melontarkan soalan kepada personaliti jemputan.

#FLVfromhome: Atas kerana Foundation Louis Vuitton perlu ditutup, maka maison ini bijak dengan menyediakan satu pameran secara digital. Setiap minggu bakal ada tiga acara digital yang berbeza yakni setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad.

Bottega Residency: Dengarkan bicara tetamu yang diundang oleh Bottega Veneta tentang apa yang memberi mereka inspirasi untuk berkarya. Ruangan ini boleh dilayari di laman web rasmi Bottega Veneta. Setiap minggu mereka yang dijemput adalah personaliti pelbagai lapangan seperti pengarah filem dan orang seni.

Gucci Places: Tidak perlu keluar dari rumah kerana anda hanya perlukan aplikasi Gucci untuk melayari lokasi unik yang memberi inspirasi kepada koleksi Alessandro Michele. Tujuannya adalah untuk membolehkan orang ramai mengenali kisah menarik di sebalik lokasi Gucci Places.