Palet – Mainan Warna Rona Merah dan Emas
Resipi Sushi Serunding Bersama Mentega Kacang Pedas dari Chef Adu Amran
Palet – Trivia Warna Natural Coral
Kediaman – Antik Metropolitan
GLAM Deko Kediaman – Resort Tropika
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Kediaman > Fokus – Faktor Penting Pelaburan Hartanah

Fokus – Faktor Penting Pelaburan Hartanah

Dominasi pilihan hartanah hari ini hadir dalam pelbagai pilihan dan lokasi. Bagaimana untuk memastikan anda membuat pilihan yang bijak dan praktikal seiring gaya hidup masa kini?

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Lokasi Mengapa lokasi itu penting? Sama ada untuk pelaburan atau kegunaan sendiri, lokasi adalah elemen utama yang menentukan harga sesuatu hartanah itu. Ada yang memilih untuk berada di tengah kota kerana mahu akses yang mudah kepada perkara dan kemudahan lain. Ia juga penentu kadar kenaikkan nilai sesuatu hartanah untuk jangka panjang dan jangka pendek. Ada pula yang mahukan kawasan sub-urban kerana mahukan ketenangan dari kesesakkan namun masih dekat dengan pusat bandar untuk memudahkan urusan seharian. Bergantung kepada keperluan dan perancangan anda dan keluarga untuk jangka panjang. Khusus untuk mereka yang memiliki keluarga yang semakin membesar, kadangkala mereka tidak gusar untuk berulang alik dengan perjalanan yang sedikit jauh demi keselesaan membangunkan keluarga dengan lebih sihat. Selain itu kita juga perlu melihat elemen sama ada ia adalah pemilikan tetap ataupun pegangan pajak. Nilai sesuatu hartanah untuk jangka panjang bergantung kepada status ini.
Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse