fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Krim Siang Dan Malam Dior Capture Kembalikan Kolagen Wajah
Sesi Pengalaman Sensori GLAM Beauty Club X Aesop
Produk Kecantikan Milik Selebriti Wanita yang Wajib Anda Ketahui
Gen Zer Emma Chamberlain Kini Duta Global Lancôme
Pentingnya Retinol! 5 Alasan Anda Wajib Pakai
Home > Cantik > Sebotol Bedak Asas, Senjata Untuk Selindung Cela

Sebotol Bedak Asas, Senjata Untuk Selindung Cela

Jika ditanya pada semua wanita, apakah kriteria utama yang mereka cari dalam sebotol bedak asas, rata-rata jawapannya mahu yang nampak semula jadi, tidak mahu nampak mereka bersolek, jika sekalipun tidaklah mahu nampak seperti beria-ia bersolek. Senang cakap mereka mahu efek no makeup makeup. 

Tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa no makeup makeup itu sebenarnya memakan masa dan perlukan ketelitian. Dan untuk asasnya pula mestilah menggunakan yang berkualiti, yang bila disapu pada kulit melitup dengan elok dan mesra dengan kulit. 

Burberry Matte Glow Foundation, RM223

Dulu-dulu saya pernah Melihat beberapa jurusolek yang menggunakan bedak asas Burberry, dan menurut mereka ia antara bedak asas yang ringan tekstur dan sesuai dipakai hari-hari. Dan bila Burberry melancarkan bedak asas baru, saya tak sabar mahu mengetahui apa yang mereka ‘suntik’ dalam rangkaian baru ini. Bedak asas yang baru ini dinamakan sebagai Burberry Matte Glow dan khabarnya cukup mesra saat dicalit pada kulit untuk litupan yang nampak semula jadi namun dalam masa yang sama membuat kulit tampak bebas cela. 

Ia juga dilengkapi dengan formula yang membuat kulit boleh bernafas, tidak tebal dan ia punya efek bedak yang membuat kulit tidak nampak berminyak. Pilihan warnanya juga bervariasi, pasti ada yang sepadan dengan ton kulit anda.