fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
63 Tahun & Masih No.1: Tom Cruise Pelakon Dengan Bayaran Tertinggi 2025
Respons Amber Heard Terhadap Video TikTok Pertama Johnny Depp
Kelainan Yang Ingin Ditampilkan Amyra Rosli Sebagai Pengacara Baharu Nona
Galaxy Z Fold3 5G: Cipta Produktiviti dan Hiburan Terunggul
GLAM Sejenak Bersama Sharifah Rose, Kongsi Pembelian Terkininya Bulan Ini
Home > Gaya Hidup > Tan Sri Michelle Yeoh, Pelakon Malaysia Pertama Bintangi Filem Adiwira Marvel

Tan Sri Michelle Yeoh, Pelakon Malaysia Pertama Bintangi Filem Adiwira Marvel

Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, dan filem-filem hebat lakonannya juga tidak perlu disenaraikan – bukan calang-calang!

Selepas kejayaan Crazy Rich Asians, dia kini mengesahkan akan berlakon dalam satu lagi filem hebat, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings iaitu filem adiwira Marvel Asia yang pertama. Lebih membanggakan, dia merupakan pelakon Malaysia pertama yang terlibat dalam karya Marvel Cinematic Universe.

Berita gembira itu dikongsikannya dalam laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CIp7id_Hh3Y/?utm_source=ig_embed

“Akhirnya, rasmi, saya akan menjadi sebahagian daripada filem adiwira Shang-Chi. Terima kasih Marvel. Terima kasih kepada penerbit, para pelakon dan kru yang memastikan kami selamat ketika situasi sukar ini. Terima kasih Sydney untuk langkah pencegahan dan peraturan penjarakan sosial yang lancar. Ia adalah satu perjalanan yang sangat istimewa, perjumpaan semula yang menakjubkan bersama kawan-kawan lama dan satu peluang yang indah. Ingat, bersatu kita teguh dan akan kuat dan lebih kuat. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua nanti,” tulisnya.

Michelle Yeoh akan memegang watak sebagai Jiang Nan, di samping Simu Liu yang membawa watak utama, Shang-Chi. Antara bintang lain yang turut terlibat adalah Awkwafina, Tony Leung, Meng’er Zhang, Fala Chen, Florian Munteanu dan seorang lagi bintang komedi dari Malaysia, Ronny Chieng.

Foto: Rob Latour/REX/Shutterstock

Baca: Lima Selebriti Hollywood Yang Komited Vegan