5 Selebriti Wanita Yang Merangkul Rekod Dunia
Barisan personaliti ini cukup berbakat dalam bidang seni, sehingga berjaya menempatkan nama dalam Guinness World Record. Siapa yang tersenarai?
BEYONCE
Beyoncé memegang rekod untuk Anugerah Grammy paling banyak dimenangi oleh artis wanita dalam masa setahun, juga pencalonan MTV Video Music Award paling banyak untuk video. Dia juga memegang rekod 79 pencalonan Grammy, kebanyakannya untuk artis wanita, dan memenangi 24 daripadanya.
BETTY WHITE
Rekod untuk penghibur wanita dengan perjalanan kerjaya paling lama dipegang oleh Betty White. Memulakan kerjaya pada 1939, dia telah berlakon selama lebih 80 tahun antaranya dalam rancangan The Golden Girls, They Mary Tyler Moore Show dan The Carol Burnett Show.
ARIANA GRANDE
Pada April 2019, Ariana Grande mengalahkan Selena Gomez sebagai wanita dengan pengikut paling ramai di Instagram. Dia mempunyai lebih 185 juta pengikut. Namun itu bukan satu-satunya rekod yang dipegangnya. Grande juga mempunyai lagu paling banyak dimainkan dalam masa seminggu oleh artis wanita di Billboard Charts untuk lagu Thank U, Next dan paling banyak dimainkan di Spotify dalam masa setahun oleh penyanyi wanita untuk lagu 7 Rings.
JENNIFER LAWRENCE
Lawrence tersenarai dalam buku Guinness World Records pada 2016 kerana menjadi pelakon wanita aksi dengan pendapatan tertinggi. Dia meraih gelaran ini selepas kejayaan besar dalam filem bersiri Hunger Games dan X-men.
VANNA WHITE
Pengacara bersama Wheel of Fortune ini memegang rekod sebagai clapper terbanyak, selepas berjaya menepuk tangan kira-kira 3,721,446 kali sepanjang 32 musim penyiaran rancangan itu. Menurut Guinness World Records, dia menepuk sebanyak 606 kali untuk setiap rancangan.
Foto: Erik Pendzich/REX/Shutterstock
Baca: Blue Ivy dan Stormi Webster Antara Anak Selebriti Terkaya Di Dunia?
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
