Moschino seringnya berkreativiti dalam apa jua, termasuklah penghasilan kempen fesyen. Apa yang direka Moschino, pasti ada dramanya. Moschino itu sendiri ‘drama’. Buat merai musim bunga 2021, Moschino tampil unik dalam mereka konsep imej dan tata gaya. Menjulang konsep boneka yang berjudul “No Strings Attached”, melantik model-model masa kini, seperti Irina Shayk, Bella Hadid, Yasmin Wijnaldum dan Julia Nobis sebagai penghias kempen.
Model-model berikut merupakan nama besar dalam industri fesyen semasa, yang juga ditempah untuk melewati pementasan Moschino musim bunga/panas 2021 Sewaktu berlangsungnya Minggu Fesyen Milan tahun lalu. Moschino tegar dengan kreativitinya yang tersendiri, tidak menggarap situasi semasa, seperti krisis pandemik atau isu politik dunia sebagai ilham penciptaan. Malah, meletakkan model-model diibaratkan sebagai boneka yang simbolik kepada “Master of Puppet”. Kisah disebalik tema tersebut, tidak dirungkai oleh Moschino, mahupun Pengarah Kreatifnya, Jeremy Scott.
Steven Meisel dilantik sebagai jurugambar yang bertanggungjawab untuk menghasilkan setiap imej kempen. Disempurnakan solekan oleh sifu makeup iaitu Pat McGrath, pendandan rambut Jimmy Paul serta perias kuku, Jin Soon Choi. Kehebatan imej dibantu oleh Jason Duzansky selaku Pengarah Seni. Look dan aksesori yang dipilih untuk menghiasi kempen terbaharu ini adalah pilihan Jeremy Scott sendiri, juga yang dianggap rekaan utama dari himpunan musim bunga/panas 2021.




Artikel berkaitan: Billie Holiday Dibaluti Busana Ilham Miuccia Prada
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
