Naomi Osaka Tarik Diri Daripada French Open Disebabkan Isu Kesihatan Mental
Bunga Citra Lestari Buka Lembaran Hidup Baru
Pengalaman Iftar Gabungan Citarasa Nusantara & Timur Tengah
Memaksa Diri Untuk Positif Boleh Memudaratkan Kesihatan Mental?
Sekitar Perkahwinan Serba Mewah Puteri Bill Gates, Jennifer Bersama Atlet Ekuestrian Muslim
Home > Gaya Hidup > BTS Bintang Pop Terhebat 2020, Setanding Michael Jackson & Madonna

BTS Bintang Pop Terhebat 2020, Setanding Michael Jackson & Madonna

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kumpulan K-Pop pujaan dunia, BTS tidak henti-henti melakar pencapaian luar biasa dalam industri muzik antarabangsa.

Baru tiga bulan memasuki tahun 2021, BTS telah pun mencipta pelbagai sejarah apabila menjadi artis Korea pertama yang diundang menjadi tetamu MTV Unplugged dan yang pertama membuat persembahan di pentas Anugerah Grammy.

BTS sets the night alight with heartfelt and electrifying performance on  MTV Unplugged | Daily Trojan
Foto: Twitter

Terbaharu, Billboard menamakan kumpulan ini sebagai Bintang Pop Terhebat 2020, meneruskan tradisi mereka dalam memilih bintang paling bersinar setiap tahun.

Dengan pemilihan ini, BTS disenaraikan sebaris dengan nama-nama legenda dari zaman 80-an sehingga kini iaitu Michael Jackson, Madonna, Whitney Houston, Mariah Carey, Nirvana, Backstreet Boys, Britney Spears, Kanye West, Eminem, Beyoncé, Justin Timberlake, Rihanna, Lady Gaga, Adele, Taylor Swift, Justin Bieber, Ed Sheeran, Drake, dan Ariana Grande.

Ternyata tidak sukar untuk Billboard membuat pemilihan tahun ini kerana BTS ternyata mencapai kejayaan luar biasa bukan sahaja di Korea malah juga secara global.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse