fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Lily-Rose Depp Membintangi Kempen Jam Tangan Chanel Première Sound
Agenda Fesyen Kylie Jenner. GLAM Pilih Lima Stail Terbaik
Met Gala 2021 Bakal Menyatukan Timothée Chalamet, Billie Eilish, Naomi Osaka & Amanda Gorman
Gaya Golden Globe 2015
Forevermark Avaanti Beri Desiran Mewah Baharu
Home > Fesyen > Farah Khan Lancar Koleksi Skarf Bersama Caramel

Farah Khan Lancar Koleksi Skarf Bersama Caramel

Seminggu sebelum bulan Ramadan menjelma, Dato’ Seri Farah Khan menjemput GLAM hadir ke butik M yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Ada preview esklusif yang mahu dipertontonkan hasil daripada kerjasama jenama Farah Khan bersama jenama skarf baru tanah air. Caramel Fashion Scarves adalah orang baru dalam arena fesyen skarf. Persona disebalik jenama ini pula milik Datin Azila Caramella. Dia sendiri punya citra fesyen yang bagus. Cita rasa fesyen dua persona ini digabungkan dalam satu kolaborasi skarf fesyen yang indah.

farah khan

Koleksi skarf ini mendapat idea daripada keindahan taman dunia. Taman juga sudah menjadi esen DNA penting buat jenama Caramel. Ketika Datin Azila melancarkan jenamanya ini, koleksi pertamanya diberikan tajuk Jardin de Caramel. Di mana, keindahan taman Paris menjadi idea buat Datin Azila. Maka tidak mustahillah untuk koleksi Caramel x FK, mereka bersetuju untuk berpaut pada tema taman-taman indah di dunia.

“Saya cukup merindui taman Shalimar saya di Bali. Dek kerana itu, pasukan rekaan saya terus melakukan kerja selidik tentang taman-taman di dalam dunia. Ia menjadi paksi utama dalam penghasilan skarf ini bersama Caramel,” ujar Dato’ Seri Farah Khan. Melalui koleksi skarf ini, Dato’ Sreri Farah Khan dan Datin Azila memberikan keindahan taman Tuileries hingga ke Majorelle sebagai taruhan kreatif mereka. Setiap rekaan motif berunsur taman ini memberikan rasa yang cukup gembira. “Keindahan lanskap flora dan fauna pada skarf membuatkan kita tidak sabar untuk kembali menikmatinya,” sambung Dato’ Seri Farah Khan lagi.

Pautan Berkenaan: Anggun Di Aildilfitri Bersama FERN: The Orchid Series