fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pengiran Anak Sarah: Bakal Permaisuri Brunei Dengan Pesona Tersendiri
Anta Permana Nyanyian Siti Nurhaliza Jadi Pilihan Raja Charles III
Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya
Dua Kali Tunda, Jennifer Lopez Batalkan Rancangan Kahwin
Fazura Kongsi 10 Lagu Kegemaran Untuk GLAMPlaylist Bulan Ini
Home > Gaya Hidup > Netflix Terokai Perjalanan Hidup Naomi Osaka Dalam Siri Dokumentari

Netflix Terokai Perjalanan Hidup Naomi Osaka Dalam Siri Dokumentari

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Juara tenis dunia, Naomi Osaka bakal muncul dalam siri dokumentari tiga episod mengenai kehidupannya di platform penstriman popular, Netflix beberapa hari lagi.

Diarahkan oleh calon Oscar, Garrett Bradley, siri berjudul Naomi Osaka ini mengikuti perjalanan hidup atlet tersebut yang memberi fokus pada tema tujuan hidup, nilai peribadi, keberanian yang diperlukan untuk menyatukan nilai diri dengan kerjaya, dan sebagainya.

“Apa yang saya harapkan adalah penonton merasai kekuatan empati dan terinspirasi untuk merebut setiap peluang dalam hidup, terutama pada saat di mana ia dirasakan mustahil,” kata Garrett.

Sutradara ini turut menjadi penerbit eksekutif di samping pemain bola keranjang profesional, LeBron James dan rakan perniagaannya, Maverick Carter.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse