Lemak Bergayut Di Lengan? Ini Tip Mudah Hilang Dengan Cepat
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Feb 16, 2022
Sepuluh tahun lepas, semuanya on point! Dari hujung rambut hingga hujung kaki segalanya tampak sempurna. Kini, mulalah lemak nakal berkeliaran terutama pada bahagian lengan! GLAM kongsi tip mantapkan lengan.
Pernahkah anda berhenti memakai baju tanpa lengan hanya kerana lemak terkumpul di bahagian itu? Ada banyak cara boleh anda lakukan untuk pastikan lemak tidak menjadi halangan untuk anda bergaya hebat dengan ceraian tanpa lengan.
Anda perlu diet yang ketat untuk menghilangkan lemak badan secara keseluruhan seterusnya membantu menghilangkan lengan menggeleber dengan cepat.
Daging tanpa lemak, ayam belanda dan ikan, sayur-sayuran sihat, buah-buahan dan kacang, biji-bijian dan makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah bagus untuk diet anda. Elakkan pengambilan makanan segera seperti burger, kentang goreng, pizza, sos dan soda.
Untuk menghapuskan lemak pada bahagian lengan ini, diet sahaja tidak dapat membentuk lengan anda, ianya harus diselarikan dengan senaman sebagai rutin harian.
Sebahagian daripada latihan terbaik untuk kehilangan lemak badan secara keseluruhan adalah treadmill, berenang, berjalan pantas, berjoging, berbasikal, aerobik, atau apa-apa senaman kardio pilihan.
Mengangkat berat juga merupakan cara terbaik untuk menghapuskan lemak yang bermaharajalela di lengan. Apabila kehilangan lemak badan secara keseluruhan, secara tidak langsung anda menambah otot kepada badan dan akan meningkatkan metabolisme sekali gus membakar lemak lebih cepat.
Tahukah otot akan terus membakar lemak walaupun selepas anda selesai bersenam? Satu paun otot akan membakar lebih kurang 30-50 kalori lemak badan setiap hari!
Amalan ini adalah yang sering ditekankan. Bukan sahaja ianya memelihara tubuh agar terhidrat, malahan juga bertujuan menyimpan metabolisme tanpa kalori dan boleh membuat anda rasa kenyang pada waktu makan.
Minum satu gelas besar air sejuk sejurus selepas bangun tidur juga antara cara terbaik merangsangkan metabolisme anda. Salah satu tip lain adalah untuk meminum segelas air sebelum waktu makan. Kaedah ini membantu anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori yang tidak diingini.
Dengan ini ia dapat membantu mengurangkan lemak yang tidak diingini pada bahagian lengan.
5 Langkah Berkesan Untuk Menghilangkan Lemak Bawah Lengan
GLAM kongsi langkah untuk menghilangkan lemak terutama pada bahagian bawah lengan yang mudah menggeleber.Langkah 1: Diet, Amalan Makanan Sihat
Anda perlu diet yang ketat untuk menghilangkan lemak badan secara keseluruhan seterusnya membantu menghilangkan lengan menggeleber dengan cepat.
Daging tanpa lemak, ayam belanda dan ikan, sayur-sayuran sihat, buah-buahan dan kacang, biji-bijian dan makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah bagus untuk diet anda. Elakkan pengambilan makanan segera seperti burger, kentang goreng, pizza, sos dan soda.
Langkah 2: Latihan Cardio
Untuk menghapuskan lemak pada bahagian lengan ini, diet sahaja tidak dapat membentuk lengan anda, ianya harus diselarikan dengan senaman sebagai rutin harian.
Sebahagian daripada latihan terbaik untuk kehilangan lemak badan secara keseluruhan adalah treadmill, berenang, berjalan pantas, berjoging, berbasikal, aerobik, atau apa-apa senaman kardio pilihan.
Langkah 3: Latihan Angkat Berat
Mengangkat berat juga merupakan cara terbaik untuk menghapuskan lemak yang bermaharajalela di lengan. Apabila kehilangan lemak badan secara keseluruhan, secara tidak langsung anda menambah otot kepada badan dan akan meningkatkan metabolisme sekali gus membakar lemak lebih cepat.
Tahukah otot akan terus membakar lemak walaupun selepas anda selesai bersenam? Satu paun otot akan membakar lebih kurang 30-50 kalori lemak badan setiap hari!
Langkah 4: Banyakkan Minum Air
Amalan ini adalah yang sering ditekankan. Bukan sahaja ianya memelihara tubuh agar terhidrat, malahan juga bertujuan menyimpan metabolisme tanpa kalori dan boleh membuat anda rasa kenyang pada waktu makan.
Minum satu gelas besar air sejuk sejurus selepas bangun tidur juga antara cara terbaik merangsangkan metabolisme anda. Salah satu tip lain adalah untuk meminum segelas air sebelum waktu makan. Kaedah ini membantu anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori yang tidak diingini.
Dengan ini ia dapat membantu mengurangkan lemak yang tidak diingini pada bahagian lengan.
Langkah 5: Tingkatkan Metabolisme
Metabolisme memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal lemak badan. Ia menentukan berapa banyak kalori anda perlukan untuk melaksanakan hari tertentu. Setiap pergerakkan kita memerlukan tenaga, walaupun ketika sedang tidur. Metabolisme setiap orang berbeza, jika rendah ia menyumbang kepada kurangnya pembakaran kalori dan pembentukkan lebih banyak lemak atau lemak terkumpul dalam badan. Metabolisme lebih tinggi akan membantu anda kehilangan lemak badan keseluruhan lebih cepat dan hasilnya badan dan lengan lebih ramping dan sihat. Artikel berkaitan: Mediterranean: Diet Terbaik Untuk 2021See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
