Pelayaran Louis Vuitton ke dalam dunia inovatif jam tangan pintar diteruskan bersama barisan Tambour Horizon Light Up yang dipamerkan cukup kreatif.
Jam tangan pintar generasi ketiga citra Maison Perancis ini mencipta paradigma baru lantas menawarkan tahap penyesuaian dan pemperibadian yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini. Setiap elemen Tambour Horizon Light Up telah diimaginasikan semula, lalu diolah kembali dengan susuk konstruksi baru bagi memberikan pengalaman pengguna yang sempurna. Malah sistem pengendaliannya juga direka khusus.

Pengenalannya menggabungkan lapangan seni serta teknologi dengan optimum. Secara tidak langsung, melayangkan kemewahan kisah arloji kreasi Louis Vuitton yang seterusnya. Lalu, menjadi mercu dalam menjunjung ketukangan jam tangan pintar mewah. Impresi pertama yang ditampilkan oleh jam tangan ini adalah daripada balik lapisan kaca nilam melengkung yang direka khas, berperan sebagai skrin jam tangan.

Ia memaparkan 24 lampu LED dalam kaleidoskop rona aneka warna yang indah. Warna yang menari, menghasilkan animasi cahaya dalam kegelapan yang memukau. Efek pencahayaannya bakal terbias seolah menari acap kali jam tangan diaktifkan atau menerima notifikasi. Lalu, menghasilkan animasi cahaya yang memukau dari balik case jam berdiameter 44mm.
Saat pelancaran, Louis Vuitton memaparkan tiga versi Tambour Horizon Light Up; yakni Polished Steel, Matte Black dan Matte Brown. Di mana ia, mencerminkan salah satu kod ikonik buat Maison fesyen mewah ini. Kedua-dua model hitam dan coklat diperkemas dengan lapisan kemasan PVD mewah. Juga, varian hitam dikontrakan dengan crown dan cuping jam dari titanium bagi menbiaskan ekspresi nan anggun.
Pautan berkaitan: Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
