Home > Gaya Hidup > Datin X: Datin Sri Sorok Cucu Di Luar Negara
Datin X: Datin Sri Sorok Cucu Di Luar Negara
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Jul 04, 2022
Anak daranya hamil, tetapi sayang mahu gugurkan cucu lantas dihantar bayi itu membesar di luar negara.
Selalunya, setiap hari Khamis pada hujung bulan Datin Nur adalah orang paling sibuk sekali. Semua wanita berpangkat VIP di Damansara akan datang ke rumahnya. Dalam undangan rasmi, hadir ke rumah Datin Nur sebab mahu menghadiri kelas keugamaan. Tetapi kami semua tahu, acara khamis di rumah agam 15 bilik milik Datin Nur itu adalah hari buatnya menunjuk-nunjuk. Ada satu hari, dia buat kelas sirah Islam di laman, sambil dibiarkan merak putih pemberian istana negara jiran berkeliaran. Langsung VIP yang datang tak fokus mendengar sirah keagungan Siti Khadijah. “Ada lima ekor merak putih. Setiap satu buat cucu-cucu kesayangan I!” kongsi Datin Nur. Saya pun ambil peluang bergambar dengan buruk megah ini. Nak tunjuk kepada suami, mahu satu juga! Tak boleh kalah dengan Datin Nur!
Tapi sejak dua tiga bulan ni, tiada undangan yang diterima. Mula-mula ingatkan Datin X sudah tidak tersenarai dalam golongan VIP si Datin Nur. Lantas, Datin X bertanya kepada jiran tetangga, mana menghilang Datin Nur? “Datin, you tak tahu ceritakah? Datin Nur dah terbang ke Ireland!” kiriman WhatsApp dibalas oleh Datin Paduka Zarina. Terus telefon berdering, suara Datin Paduka Zarina bercakap dalam bisik-bisik, bercerita tentang apa berlaku di dalam rumah besar atas bukit Damansara itu. Aduh, kita selalunya tengok dan dengar kisah ini jauh dari keliling tetapi boleh drama ini berlaku dengan kawan sendiri.
“Nur bawa anak dara dia balik Ireland, sudah tiga bulan di sana. Sebab mahu tutup kes anak dara dia yang sedang mengandung. Sudah masuk lima bulan rasanya,” bisik Zarina lagi.Datin X pun terus buka Instagram, sebab anak dara Datin Nur itu memang cantik. Juga, cukup popular di Instagram. Dia ini kiranya macam influencer lah! Bukannya pelakon atau penyanyi, tapi pengikutnya beratus ribu juga. “Datin Paduka, habis kosong Instagram milik Aminah ini. Mana semua gambar-gambar dia,” kongsi saya dalam perbualan penuh rahsia itu. Kalau tidak Aminah akan sentiasa upload kehidupannya di Instagram. Datin X pun suka melihat Instagram milik Aminah, kaki sibuk! Sempat saya kira-kira umur Aminah, dia sebaya dengan anak sulung saya atau setahun muda darinya. Tak sampai 20 tahun mungkin, sudah pandai melayan lelaki! Kisahnya Aminah ini sudah bunting lima bulan. Jika sebulan dua masih boleh rahsiakan. Tapi dah masuk lima bulan, badan pun semakin menunjuk. Itu sebab dilarikan ke Ireland. Pautan berkaitan: Datin X: Wanita Simpanan Bawa Watak Isteri Pertama
“Datin Nur tak tahu nak lari ke mana. Dia menelefon Datuk Jerry I untuk sewa his private plane. Sebab itulah kami serumah tahu. Kan Jerry now keluar dengan my sister,” Zarina berkongsi dengan nada sinis. Sebab dia tahu yang Jerry itu kaki perempuan. Datin X hanya mampu tersenyum di hujung telefon. Ialah, sebab watak yang dibawa oleh Datin Nur yang kononnya dia ini warak. Satu keluarga bertudung litup. Suka adakan majlis keugamaan. Bawa anak yatim keliling Kuala Lumpur. Tetapi anak dalam rumah masih tidak dapat dikawal. Ada juga rasa kasihan pada Datin Nur. Sebab jika semua benda itu dilakukan dengan sejujurnya, besarlah dugaan yang diturunkan pada bahunya melalui anak daranya yang sorang itu. Datin X tabik hormat juga pada Datin Nur sebab tidak menyuruh Aminah gugurkan kandungan. Cuma yang menjadi persoalan seterusnya, mana si budak lelaki yang membuntingkan Aminah?
Artikel sepenuhnya di dalam GLAM MEI 2022
Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
