Kembara Baharu Flora Fantasy
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioMemasuki dimensi baharu, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum menakluki kebebasan yang dicari-cari dalam dunia #FloraFantasy.

Selepas haruman Gucci Flora Gorgeous Gardenia mencipta legasi tersendiri, kini hadir pula aroma baharu yang bakal memikat hati anda. Baru sahaja diperkenalkan sekitar Ogos 2022, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum meletus kegembiraan penuh berseri bersama ramuan utama yakni Grandiflorum Jasmine. Sejambak lembut bunga melati melalui proses pengekstrakan serta diadun pula bersama nota asas Sandalwood dan Benzoin, lebih mencipta keghairahan serba unik kala disembur. Elemen kegembiraan ditambah bersama nota optimistik Mandarine Essence dan Magnolia Accord yang memberi ketenangan berpanjangan.

Kehadiran wangian kedua ini ibarat mengembalikan momen kembara bersama Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau de Parfum pada tahun 2021, iaitu kisah #FloraFantasy yang mengelilingi dunia rujukan pop bersama haiwan yang comel dan bersama wajah kempennya, Miley Cyrus. Dunia imaginasi ini penuh ekspresif yang bermanifestasikan detik kegembiraan aromanya serta ekspresi diri serba keyakinan. Untuk kempen kedua ini, sekali lagi dirakam oleh Petra Collins untuk Miley Cyrus dan #FloraFantasy terbaharu ini diteruskan ke ruang dalaman yang bercahaya nan fantasi.

Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum botolnya diilhamkan oleh kuasa turquoise stone yang sering dikaitkan dengan harapan dan perlindungan. Dibayangkan semula dalam visi Alessandro Michele, corak bunga adalah inspirasi dari rekaan untuk rumah Gucci yang diberi nafas baharu dengan ciptaan lebih segar. Wangian ini sebagai objek inspirasi dalaman bagi semua yang menemuinya.
Untuk meneroka Flora Fantasy secara peribadi, Gucci akan mengadakan ruang pop-up di Midvalley KL mulai sekarang hingga 2 Oktober. Pastikan anda mendaftar di sini untuk menebus sampel percuma!
Artikel berkaitan Alami Pengalaman Fantasi Gucci Flora di Suria KLCC
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
