Rawatan Spa Paling Berprestij Kini Di Starhill, Malaysia
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioAmbassade Biologique Rercherche akhirnya tiba di Kuala Lumpur! Warisannya bermula dari Champs-Élysées, Paris, rawatan secara komprehensif dan sangat peribadi ini direka istimewa untuk wajah, badan dan kulit kepala.

Ruang mewah ke bilik rawatan
Kredibiliti dan warisan Biologique Rercherche kepada dunia tidak perlu dipertikaikan lagi kerana rawatannya bersifat peribadi ini sudahpun berumur 30 tahun dan masih teguh memaksikan penjenamaannya di serata dunia. Ambassade diterjemahkan dan bermaksud “kedutaan” yakni lambang warisan, tempat perlindungan abadi daripada terdedah dengan hiruk-pikuk kesibukan bandar. Kali pertama diperkenalkan pada tahun 1992 di Champs-Élysées, Paris.

Barisan produk yang diformulasikan khas untuk setiap jenis kulit hanya di Biologique Recherche
Kini, pusat rawatan mewah ini terletak di Starhill, pusat beli-belah ikon di tengah-tengah Segitiga Emas, Kuala Lumpur. Ruang yang elegan ini direka adalah inspirasi asal butik di Paris. Setiap rawatan yang tersedia adalah bersifat customized iaitu sesuai dengan ketegasan dan metodologi Biologique Receherche. Protokol rawatan Biologique Recherche adalah berdasarkan diagnosis dermo-kosmetik dilakukan secara peribadi dengan analisi keseluruhan kulit secara segara. Setiap individu akan melalui proses pertama iaitu Skin Instant oleh pakar terapi bertauliah.

Produk di Biologique Recherche mengandungi formulasi kompleksi tumbuhan berkualiti tinggi, biomarin atau ekstrak biologi dengan 80 % bahan semula jadi. Tidak mempunyai wangian sintetik dan dihasilkan menggunakan proses sejuk untuk memelihara integrity bahan aktif. Setiap produk dicipta dan dipilih mengikut kesesuaian kulit.
Artikel berkaitan 5 Negara Asia Terbaik Untuk Rawatan ‘Nose Job’
Terdapat lima bilik disediakan di Ambassade di Kuala Lumpur, semuanya direka dengan teliti untuk membawa mood ketenangan. Untuk lebih privasi, anda boleh memilih bilik pasangan VIP. Ambassade kini menawarkan rawatan muka, rambut dan badan akan diperkenalkan pada awal 2023.
https://www.instagram.com/p/Ck9v-KXJ_Xk/?utm_source=ig_web_copy_link
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
