Rolex Art Weekend 2022, Kelanjutan Nilai Tradisi Seni Buat Referensi Masa Depan
Dibentangkan oleh inisiatif seni Mentor dan Protégé Rolex bersama BAM, Rolex Art Weekend 2022 meneruskan kelanjutan nilai tradisi seni buat referensi masa depan.
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto ROLEX
Rolex Art Weekend 2022 turut membawakan diskusi eksklusif bersama Spike Lee, Phyllida Lloyd, Lin-Manuel Miranda, Carrie Mae Weems. Serta tayangan perdana hasil pengkarya protégé Rolex.

Inisiatif Seni Mentor dan Protégé Rolex dan BAM (Akademi Muzik Brooklyn) mempersembahkan minggu Rolex Art Weekend 2022 pada 9 dan 10 September lalu. Sekali gus, membawakan pengkarya seni sukses serta himpunan karya baharu di Brooklyn juga seluruh wilayahnya, New York. Dalam semua aktiviti penajaan, Rolex menyokong pemindahan pengetahuan dan kepakaran dari satu era ke era seterusnya. Inisiatif Seni Mentor dan Protégé ini memberi para seniman baharu masa untuk belajar, mencipta lantas maju melangkahi batas sempadan.

Selama lebih dari 90 tahun, penajaan Rolex telah berkembang dan merangkumi pelbagai bakat yang luar biasa dari pelbagai disiplin ilmu, acara dan organisasi yang berkaitan dengannya. Demikian, minggu seni ini menampilkan seniman terkemuka dunia dunia Spike Lee, Phyllida Lloyd, Lin-Manuel Miranda dan Carrie Mae Weems bersama para anak didik mereka. Yakni, pengkarya filem Kyle Bell, artis visual Camila Rodríguez Triana, pembikin teater Whitney White serta pembuat filem merangkap artis visual Agustina San Martín.

Spike Lee, mentor dalam filem, dengan anak didiknya, Kyle Bell.
Masing-masing tampil mempersembahkan karya baharu yang diilhamkan oleh alterasi kreatif yang berlangsung selama dua tahun bersama mentor mereka. Turut merangkumi diskusi antara setiap mentor dan Protégé yang dikendalikan oleh Presiden BAM Gina Duncan.

Agustina San Martín, protégé dalam kategori terbuka, bersama mentor Lin-Manuel Miranda.
Rebecca Irvin, mengepalai program bimbingan Rolex, berkata, “Kami berbesar hati untuk membawa lapan pengkarya luar biasa ini dari seluruh dunia ke New York buat meraikan hujung minggu bersama Rolex Arts Weekend. Lantas, berpeluang untuk merenungi pengalaman mereka bersama-sama menerusi bentangkan karya baharu yang menarik kepada umum.”
“Interaksi kreatif antara para mentor dan anak didik sepanjang dua tahun ini, sekalipun didepani pandemik; adalah bukti kuasa seni dalam menyatukan orang ramai dan tradisi yang tidak ternilai. Berselubung sama ruang masa yang menjadi nadi program: transmisi peribadi kesenian di peringkat tertinggi,” tambahnya lagi.
Pautan berkaitan: A Watch Born to Explore : Ekshibisi Eksklusif Rolex
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
