fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Rahsia Turun Berat: Berjalan Dengan Cara Yang Betul
Impak Pengunduran Pasangan Sussex Terhadap Kate Middleton
Dituduh Sebagai Pembuli, Karier Lakonan Blake Lively Bakal Berakhir?
Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah
DYTM Raja Muda Selangor & YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Selamat Diijab Kabul
Home > Gaya Hidup > Song Joong Ki Umum Perkahwinan Dengan Aktres Itali

Song Joong Ki Umum Perkahwinan Dengan Aktres Itali

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Baru sebulan memperlihatkan teman wanitanya kepada dunia, Song Joong Ki mengumumkan dia telah pun berkahwin dengan Katy Louise Saunders yang kini sedang berbadan dua.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Song Joong Ki menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dikongsi di fan cafe rasmi miliknya.

“Hari ini, saya ingin berkongsi kepada anda satu janji yang amat membahagiakan dan bernilai buat saya lebih daripada segalanya.

“Saya telah berjanji untuk meneruskan hidup bersama Katy Louise Saunders, wanita yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan, wanita yang sering saya habiskan masa berharga bersama sambil membahagiakan satu sama lain,” tulisnya.

song joong ki

Foto: Koreaboo

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse