Siapakah Wajah Terbaharu Pat McGrath?
Sesi Pengalaman Sensori GLAM Beauty Club X Aesop
5 Gaya Solekan Atlet Olimpik 2024
7 Gaya Solekan Selebriti Malaysia Terbaik Tahun 2023
Back To Basic, Ini Kelebihan Penjagaan Kulit Dengan Bedak Sejuk
Home > Cantik > Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia

Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aesop hadir dengan solusi terbaik untuk bukan penggemar serum tekstur minyak atau krim tebal. Dengan formulasi baharu, Lucent Facial Concentrate hadir dengan tekstur likat berair.Aesop Lucent Facial

Lucent Facial Concentrate merupakan serum yang punya fungsi penghidratan kuat dan mengimbangi kulit serta-merta. Tekstur dan kemasannya paling ringan dalam rangkaian produk penghidratan wajah Aesop. Sangat sesuai untuk anda yang tidak menggemari tekstur yang tebal, lambar serap atau berminyak. Tetapi masih inginkan dos vitamin yang tinggi!

Lucent Facial Concentrate merupakan serum yang punya fungsi penghidratan kuat dan mengimbangi kulit serta-merta

Serum ini adalah menggunakan formulasi berasaskan air yang menawarkan penghidratan berasaskan humectant, yang biasanya diperkaya dengan rangkaian bahan yang menyokong kulit. Kandungan seperti Sodium Ascorbyl Phosphate (Vitamin C), Niacinamide (Vitamin B3) dan Sodium Carrageenan mempunyai keupayaan seperti mengimbangi kulit, kulit lebih sekata dan meningkatkan kelembapan berterusan.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse