Dye Young, Live Longer


Diasaskan oleh Jim Markham pada tahun 2001, rawatan Pureology merevolusikan industri rambut professional terutama sekali untuk mereka yang gemar mewarnakan rambut.
 
GLAM berpeluang mencuba rawatan ini di Eight Days (ED) Salon, Paradigm Mall yang menggunakan produk Pureology ini dalam membantu setiap jenis permasalahan yang dihadapi oleh hair dye-maniacs.
 
Setiap produk Pureology mengandungi formula antifade complex yang terdiri daripada heliogenol iaitu ekstrak benih bunga matahari, pelindung sinar matahari UVA dan UVB dan melanin bertujuan untuk mengekalkan keserian warna rambut.
 
loreal
 
Jenama penjagaan rambut nombor satu di Amerika Syarikat yang berdiri dibawah L’Oreal ini menjanjikan kualiti tertinggi dalam setiap rangkaian produk mereka yang 100% vegan dan botanik.
 
Perbezaan rambut boleh dirasakan dari basuhan pertama melalui penggunaan shampu dan pembilas koleksi Fullfyl yang berfungsi memberi ketebalan serta kelembutan kepada rambut yang rosak. Seterusnya pupur digunakan untuk membekalkan protein dan diaplikasikan secara tradisional iaitu menggunakan tekanan jari ke setiap helaian rambut.
 
Pupur kemudiannya dibiarkan selama 10 minit sebelum rambut dibilas dan dilumur pula dengan Pureology Color Fanatic Deep Conditioning Treatment.
 
Selepas proses bilasan rambut ketiga selesai, Fullfyl Densifiying Spray akan disembur dan rambut akan dikeringkan. Bagi mereka yang melunturkan rambut pula, Perfect 4 Platinum serum yang mengandungi keravis akan ditambah ke dalam rawatan.
 
Rawatan Pureology yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah ini pasti akan memuaskan hati anda kerana kesannya yang boleh dirasakan serta merta!

POST A COMMENT