Related Stories
Home > Gaya Hidup > Hyun Bin Berkongsi Keterujaan Menjadi Bapa
Hyun Bin Berkongsi Keterujaan Menjadi Bapa
Setahun mendirikan rumah tangga, Hyun Bin akhirnya terbuka bercakap mengenai kehidupan peribadi dan keluarga kecilnya.
Dalam satu wawancara bersama Dazed Korea baru-baru ini, Hyun Bin berbicara tentang kejayaan dua filem terbaru yang dibintanginya, Confidential Assignment 2: International (2022) dan The Point Men (2023).
“Saya rasa ia adalah perkara yang mengujakan. Sebagai seorang aktor, tiada apa yang lebih menggembirakan saya daripada menyiapkan bukan hanya satu, tetapi dua filem tanpa sebarang masalah dan mempersembahkannya kepada penonton,” katanya.
Selain bercakap mengenai perkembangan kerjaya, Hyun Bin turut berkongsi tentang isteri, Son Ye Jin dan putera sulungnya, Alkong selepas wartawan memaklumkan matanya kelihatan lebih bersinar seolah memancarkan kebahagiaan kebelakangan ini.
“Tahun ini amat istimewa buat saya. Seperti yang anda tahu, saya dan suami dikurniakan seorang anak lelaki yang amat berharga buat kami. Dan saya belajar bahawa ia memerlukan banyak kasih sayang, penjagaan dan bantuan untuk melahirkan seorang bayi ke dunia ini.
“Saya bimbangkan keadaan bayi saya kerana dia dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan. Tapi itu membolehkan saya membuat pertimbangan untuk bersalin secara normal, dan akhirnya saya selamat melahirkan tanpa perlu menjalani pembedahan.
“Setelah memiliki anak sendiri, saya akhirnya berasa diri ini telah dewasa. Setelah bertemu insan yang saya sayangi melebihi diri sendiri, saya berasa tidak berdaya namun pada masa sama lebih kuat berbanding sebelum ini. Saya mampu lakukan apa sahaja dan segala-galanya.”
Hyun Bin dan Son Ye Jin bergelar suami isteri dalam satu majlis intim mewah yang menelan belanja sekitar RM600,000 di Sheraton Grand Walkerhill Hotel, Seoul pada 31 Mac 2022 selepas dua tahun menjalin cinta.
Sejenak Bersama YM Tunku Elana Khyra
R’Bonney Gabriel, Dinobat Miss Universe dan Ada Kontroversi?
63 Tahun & Masih No.1: Tom Cruise Pelakon Dengan Bayaran Tertinggi 2025
Marisa Soraya Sah Bergelar Isteri Tunku Khairul Zaim
GLAM Profil: Ratu Cantik Pauline Amelinckx Dan Nicole Borromeo
Olivia Munn Kini Bergelar Ibu
Foto: Twitter
Baca: Kenali 5 Wanita Pujaan Hyun Bin Sebelum Son Ye Jin

Foto: Dazed Korea
“Dengan perubahan dalam hidup saya baru-baru ini, semuanya telah berubah. Saya mula melihat perkara yang tidak dapat saya lihat sebelum ini dan mendengar perkara yang tidak dapat saya dengar sebelum ini. Saya lebih banyak membuat pertimbangan dan menjadi lebih berhati-hati. Saya gembira. Apabila pulang ke rumah selepas habis kerja, terasa seperti hidup telah lengkap. Perasaan ini tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.”Akhir tahun lalu, Son Ye Jin berkongsi foto pertama Alkong yang dilahirkan pada 27 November 2022 namun belum bersedia untuk mendedahkan wajahnya.

Foto: Hindustan Times

Foto: Allkpop
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
