Related Stories
Home > Gaya Hidup > Aksi Mesra Kendall Jenner & Kekasih Baru Berjaya Dirakam Paparazi
Aksi Mesra Kendall Jenner & Kekasih Baru Berjaya Dirakam Paparazi
Selepas tular gosip percintaan Kendall Jenner dan Bad Bunny dua minggu lalu, bukti hubungan mereka akhirnya tersebar di media sosial.
Beberapa hari lalu Kendall dan Bad Bunny dilihat memeluk satu sama lain sebelum berkucupan selepas menikmati makan malam di restoran Sushi Park di West Hollywood, California. Supermodel berusia 27 tahun itu kemudiannya melemparkan senyuman manis dan mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya sebelum berlalu pergi.
Pasangan itu dilaporkan menikmati makan malam bersama adik Kendall, Kylie Jenner dan rakan baik mereka, Taco atau nama sebenarnya Travis Bennett. Mereka tiba lebih awal disusuli Bad Bunny dan meninggalkan restoran pada waktu sama sekitar 10 malam sebelum beredar menaiki kenderaan masing-masing.
10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!
Crossover kompak Mercedes-Benz GLA 2021 Kini Dalam Versi CKD – Dari RM242,888
Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung
Sejenak Bersama Ellen Franke, Pengurus Besar The Ritz-Carlton, Langkawi
Hadiah Valentine’s Day Paling Megah & Mewah Oleh Pasangan Selebriti
Taylor Swift & Brittany Mahomes Masih Berkawan Walaupun Beza Pandangan Politik
Bagaimanapun percintaan itu mencetuskan kekecewaan di kalangan peminat Bad Bunny. Mereka turut meninggalkan respons negatif di akaun Instagram Kendall dan memintanya menjauhkan diri daripada pemilik nama Benito Antonio Martinez Ocasio.
“Kecewanya melihat Bad Bunny asyik bercinta dengan wanita kulit putih sahaja,” komen seorang peminat. Seorang lagi menambah, “Oh, Kardashian/Jenner cuba merosakkan seorang lagi selebriti terkenal. Jauhkan ‘syaitan’ itu daripada Benito!”
Kendall yang sebelum ini menjadi bahan senda di internet kerana sering bertukar teman lelaki berpisah dengan pemain bola keranjang profesional, Devin Booker buat kali kedua pada November 2022. Bad Bunny pula berpacaran dengan pereka barang kemas dan model Puerto Rico, Gabriela Berlingeri sejak 2017. Bagaimanapun terdapat ura-ura yang mengatakan mereka telah pun membawa haluan masing-masing tahun lalu.
Foto: Getty Images
Baca: Kendall Jenner Tayang ‘Anugerah’ Teman Lelaki, Devin Booker

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid
See Also
Janji Temu Pertama Kendall Jenner & Bad Bunny
Bulan lalu spekulasi percintaan keduanya hangat diperkatakan selepas laman gosip selebriti, Deuxmoi mendedahkan perhubungan mereka kepada umum. “Model terkenal berstatus solo dilihat bercumbu dengan Bad Bunny di sebuah kelab malam persendirian di Los Angeles malam tadi,” tulisnya. Pemilik akaun DeuxMoi kemudian menamakan wanita itu sebagai Kendall. Dia menyatakan terdapat beberapa saksi yang melihat aksi mesra pasangan tersebut di Bird Street Club.“Saya mempunyai saksi di tempat kejadian yang melihat Kendall berhibur di kelab. Kendall meninggalkan kelab malam dan memasuki keretanya. Dua minit kemudian, kereta Bad Bunny pula dipandu keluar.”Hanya selepas sehari, pasangan itu sekali lagi dilihat meluangkan masa berdua dengan menikmati makan malam romantis di Beverly Hills. Mereka kemudian dirakam meninggalkan restoran melalui pintu belakang secara berasingan.

Foto: Page Six
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
