Home > Gaya Hidup > Senarai Bilionair Forbes 2023, Siapa Artis Yang Tersenarai?
Senarai Bilionair Forbes 2023, Siapa Artis Yang Tersenarai?
Forbes telah mengeluarkan senarai bilionair 2023 sekali gus meletakkan noktah pada penantian peminat yang mahu melihat siapakah artis yang berjaya tersenarai tahun ini.
Senarai yang diterbitkan buat kali pertama pada 1987 itu membariskan individu-individu yang memiliki nilai bersih sebanyak USD1 bilion (RM 4.4 bilion). Ia dikompilasi oleh majalah perniagaan tersohor Amerika Syarikat, Forbes.
Bintang Hollywood seperti Rihanna, Jay Z dan Kanye West bukan sahaja memiliki peminat yang ramai tetapi juga memperoleh pendapatan yang amat tinggi. Ia datangnya daripada persembahan dan konsert, serta peranan mereka sebagai duta jenama terkenal. Ini menjadikan mereka antara selebriti terkaya di dunia.
Suami kepada Beyonce, Jay Z berada pada kedudukan ke-1127. Sejak tersenarai pada tahun 2022, nilai kekayaan pemuzik dan penerbit berusia 53 tahun itu meningkat sebanyak USD1.6 bilion, menjadikannya berjumlah USD3.7 bilion kini.
Nasib tidak menyebelahi Kanye West atau Ye apabila namanya tercicir daripada senarai tahun ini. Tidak lama selepas mengeluarkan kenyataan anti-semitik di media sosial tahun lalu, kerjasamanya dengan jenama pakaian sukan Jerman, Adidas ditamatkan. Menurut laporan, perjanjian itu bernilai USD2 bilion dan tanpanya, Kanye tidak lagi memegang status bilionair.
Nicki Minaj Cuba Merasuah Mangsa Kerakusan Suami Sebanyak RM2 Juta
Mira Filzah Ulas Berita Kehamilan
GLAM Profil: Lim Wei-Ling
Di Sebalik Kediaman RM211 Juta Milik Jennifer Lopez & Ben Affleck
3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh
Kenali Sheila Dara Aisha, Pelakon Sore: Istri dari Masa Depan
Sama seperti Kanye West, bekas adik iparnya Kylie Jenner juga tidak tersenarai tahun ini. Namanya dibuang dari senarai pada tahun 2021 dan sejak itu tidak berjaya meraih sebarang kedudukan dalam Senarai Bilionair Forbes. Jenama kecantikannya, Kylie Cosmetics membantunya memperoleh gelaran ‘youngest self-made millionaire’, menurut Forbes pada 2020.
Foto: People
Baca: Forbes 30 Under 30 Asia, Nor ‘Phoenix’ Diana Tercalon

Foto: Koimoi
Siapakah penghibur tersohor yang memasuki Senarai Bilionair Forbes tahun ini?
Penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna berjaya tersenarai sebagai bilionair untuk dua tahun berturut-turut. Selain kerjaya muzik, bintang berusia 35 tahun itu meningkatkan pendapatannya menerusi bidang perniagaan. Dia merupakan pemilik jenama pakaian dalam Savage X Fenty serta rangkaian kosmetik Fenty Beauty. Walaupun kembali tersenarai, Rihanna jatuh beberapa anak tangga daripada tempat ke-1729 tahun lalu kepada kedudukan ke-2002 tahun ini. Jumlah kekayaannya menurun dari USD1.7 bilion kepada USD1.4 bilion, menurut Forbes. Bintang realiti televisyen dan usahawan, Kim Kardashian pula menduduki tangga ke 2259. Dia dilihat mengalami kerugian apabila kekayaannya merudum dari USD1.9 bilion kepada USD1.2 bilion tahun ini. Sebahagian besar pendapatannya diperolehi daripada jenama pakaian dalam miliknya, Skims yang kini dianggarkan bernilai USD3.2 bilion.
Foto: Getty Images
“Adidas tidak bertolak ansur dengan anti-Semitisme dan apa juga jenis kenyataan berbaur kebencian. Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian dan membahayakan. Ia juga melanggar nilai syarikat yang merangkumi kepelbagaian, inklusiviti, saling menghormati dan kesaksamaan,” kata jenama itu dalam satu siaran akhbar pada bulan Oktober 2022.

Foto: Shutterstock
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
