Home > Gaya Hidup > Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil, Permintaan Diana Danielle Hanya Satu
Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil, Permintaan Diana Danielle Hanya Satu
Kemelut rumah tangga pasangan terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum menemui jalan penyelesaian.
Mac lalu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga Farid Kamil dan isteri. Aktres Imaginur itu menfailkan permohonan cerai pada 10 Mac atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan. Permohonan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, menyaksikan Farid Kamil enggan melafazkan cerai. Proses diteruskan dengan prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah beberapa hari lalu tanpa kehadiran Diana Danielle.
Jelas aktor berusia 42 tahun itu terlalu sayangkan keluarganya dan cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya daripada musnah. Justeru dia mengemukakan tawaran perdamaian berjumlah RM319,700 yang diharap mampu melembutkan hati isterinya demi kebaikan dua anak mereka, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.
Tawaran itu berupa Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, dan wang pendahuluan nafkah dari bulan Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000. Tidak lupa juga bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan kini bertukar menjadi hutang berjumlah RM44,000.
NYFW : Neelofa Sudah Bertaraf Hollywood, Bertentang Mata Dengan Michael Kors Pula!
Anggun Dan Jelita! Kenali 5 Puteri-Puteri Sultan Pahang Ini
Tips Membuatkan Pasangan Anda ‘Turn On’
Most GLAM 2021: Nelydia Senrose
Pantau Kesihatan, Stres & Langkah Anda Dengan Samsung Galaxy Ring
Babak Paling Sukar Dijayakan Dalam The Queen’s Gambit, Menurut Anya Taylor-Joy

Foto: Gempak
Tawaran Farid Kamil Dipandang Sepi
Ternyata tawaran berjumlah hampir setengah juta ringgit itu tidak mampu mengubah pendirian Diana Danielle. Satu-satunya jalan penyelesaian yang diinginkannya kini adalah perceraian dan keputusan itu dilihat muktamad. Pelantun lagu Senandung Raya itu malah terkejut dengan tindakan suaminya yang seolah memberi gambaran bahawa dirinya adalah jenis wanita materialistik. Peguam Diana Daniel, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata kepada Kosmo, “Farid buat tawaran itu supaya Diana kembali, seolah-olah dengan memberi duit barulah Diana akan kembali ke pangkuannya. Dia bukan jenis gilakan duit. Hakikatnya Diana terkejut dan tertanya-tanya motif Farid berbuat demikian terutama mendedahkan perkara itu kepada umum.
Foto: Instagram
See Also
“Apabila Farid berkongsi perkara yang sepatutnya dimaklumkan dan dibincangkan antara peguam kepada orang luar seperti ingin tunjukkan bahawa isterinya seorang wanita materialistik. Perkahwinan mereka memang tidak boleh diselamatkan kerana Diana sudah nekad mahu bercerai. Demi anak-anak, dia cuma ingin kekal sebagai kawan.”Tambahnya, permintaan Diana Danielle adalah untuk dilepaskan secara baik selain meminta Farid Kamil memberi nafkah untuk anak-anak mengikut kemampuan. Malah aktres berusia 32 tahun itu juga tidak akan menuntut apa-apa daripada suaminya seperti nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian. Bagaimanapun Diana Danielle akan menfailkan hak penjagaan kekal dua anaknya di mana Farid Kamil sebagai bapa kandung akan memperoleh hak lawatan dua kali sebulan. Foto: The Star Baca: Mesej Ringkas Farid Kamil Mengundang Rasa Hiba Peminat
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
