Related Stories
Kerabat & Selebriti Yang Bakal Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles
Hanya tinggal lebih sebulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya upacara pertabalan Raja Charles III dan isterinya, Raja Permaisuri Camilla.
Acara yang bakal berlangsung selama tiga hari di kota London itu akan dimulakan dengan dua perarakan dan upacara keagamaan pada 6 Mei, diikuti dengan konsert gemilang di Istana Winsdor pada keesokan hari. Walaupun ramai artis menolak jemputan untuk membuat persembahan pada hari pertabalan Raja Charles, masih ada barisan selebriti kelas-A yang dijangka hari ke istiadat bersejarah itu.

Foto: Getty Images
Ini senarai tetamu yang disahkan akan hadir, serta mereka yang masih belum mengesahkan kehadiran atau tidak akan muncul sama sekali.
Kerabat Yang Telah Mengesahkan Kehadiran
Putera Albert & Puteri Charlene
Putera Albert II dan Puteri Charlene mengesahkan akan hadir ke istidat pertabalan Raja Charles untuk memberi sokongan kepada monarki dan isterinya pada hari bersejarah itu. “Saya pasti ia akan menjadi satu majlis yang luar biasa dan sangat mengharukan. Kami mengekalkan hubungan baik sejak baginda menjadi raja, bagaimanapun saya tidak berkesempatan bercakap dengannya secara peribadi sejak pengebumian Ratu Elizabeth II,” kata Putera Albert.
Putera Monaco itu menambah, “Saya yakin Baginda akan memberi ‘sentuhan peribadi’ pada upacara tersebut. Tetapi saya tidak pasti apakah ia. Saya tidak tahu berapa banyak istiadat pertabalan monarki Inggeris yang sempat saya lihat dalam hidup, jadi saya akan manfaatkan peluang ini.”
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(999x0:1001x2)/prince-albert-princess-charlene-20-4c6e29d56467497982adac1df7fd4c17.jpg)
Foto: Corbis
Putera Mahkota Akishino & Puteri Mahkota Kiko
Kerabat Diraja Jepun juga akan menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles. Persediaan sedang dibuat untuk mereka menghadiri majlis itu, menurut penyiar awam Jepun, NHK. Putera Mahkota Akishino dan Puteri Mahkota Kiko berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan tiga cahaya mata: Putera Hisahito, Mako Komuro (yang kehilangan gelaran Diraja selepas berkahwin dengan orang biasa) dan Puteri Kako.

Foto: AP
Putera William, Puteri Kate Middleton Dan Tiga Cahaya Mata Mereka
Pasangan Wales akan menghadiri upacara penting itu dan mengambil bahagian dalam Perarakan Raja dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, termasuk tiga anak mereka. Putera George dan Puteri Charlotte dijangka menyertai perarakan tersebut dan menyaksikan datuk mereka dimahkotakan sebagai raja. Bagaimanapun menurut sumber, Putera Louis mungkin tidak dibenarkan hadir disebabkan telatah nakalnya pada acara lalu. Sementara itu Putera George yang merupakan pewaris takhta kedua selepas bapanya diberi peranan istimewa pada hari bersejarah itu dan dinamakan sebagai salah seorang pemegang Pages of Honor.

Foto: Getty Images
Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward
Adik-beradik Putera Charles disahkan akan hadir ke upacara itu. Walaupun kehadiran Puteri Anne dan Putera Edward bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kemunculan Putera Andrew dilihat sebagai satu kontroversi selepas hubungan akrabnya dengan pedofil, Jeffrey Epstein didedahkan.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(1079x532:1081x534)/St.Giles-Cathedral-royals-091222-03-2000-f1f9b222adcb4061ae41d5cd97f0fd32.jpg)
Foto: Getty Images
Putera Harry
Putera Harry akan hadir ke istiadat pertabalan bapanya tanpa kehadiran isteri, Meghan Markle di sisi. “Istana Buckingham dengan rasa sukacita ingin mengesahkan bahawa Duke of Sussex akan menghadiri upacara pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei,” menurut kenyataan istana.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(879x358:881x360)/prince-harry-court-day-2-032823-tout-1e370d7366bf48b8be31e6a392a7e23e.jpg)
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
