Home > Gaya Hidup > 12 Foto Perjalanan Terakhir Sinead O’Connor Sebelum Disemadi
12 Foto Perjalanan Terakhir Sinead O’Connor Sebelum Disemadi
Penyanyi ikonik kelahiran Ireland, Sinead O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat menghembuskan nafas terakhir pada 26 Julai lalu.
Pelantun Lagu Nothing Compares 2 U itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah sewanya di Brixton, London. Khabar duka itu dikongsikan ahli keluarga Sinead O’Connor menerusi satu kenyataan rasmi.
“Dengan rasa dukacita kami ingin mengumumkan bahawa Sinead O’Connor telah meninggal dunia. Kami amat terkesan dengan pemergiannya dan memohon agar diberikan ruang pada saat sukar ini.”
Genap dua minggu, penyanyi dan aktivis itu akhirnya dikebumikan di kampung halamannya di pekan Bray, 20 kilometer dari Dublin. Sebelum disemadi, jenazah dibawa melalui jalan di hadapan rumah yang pernah didiaminya selama 15 tahun.
“Kesedihan dan penghargaan yang diberikan terhadap kehidupan serta kerjaya Sinead O’Connor menunjukkan kesan mendalam yang dia berikan kepada rakyat Ireland,” kata presiden.
Usai perarakan, jenazah dikebumikan mengikut syariat Islam secara privasi yang hanya dihadiri ahli keluarga. Upacara itu diketuai oleh Ketua Imam di Pusat Islam Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri.
“Saya amat bertuah kerana berpeluang mengetuai umat Islam melakukan solat jenazah dan ‘menghantar’ salah seorang sahabat kita, Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat pulang ke negeri abadi.
Pemergian Sinead O’Connor Ditangisi
Ribuan peminat termasuk selebriti dan orang kenamaan memenuhi jalan di pekan Bray sambil berarak untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya. Mereka turut meninggalkan jambangan bunga dan mesej hiba di pintu masuk kediamannya. Presiden Ireland Michael Higgins, Perdana Menteri Leo Varadkar serta penyanyi Bono dan Bob Geldof antara nama tersohor yang menghadiri acara itu.
“Kesedihan dan penghargaan yang diberikan terhadap kehidupan serta kerjaya Sinead O’Connor menunjukkan kesan mendalam yang dia berikan kepada rakyat Ireland,” kata presiden.
Usai perarakan, jenazah dikebumikan mengikut syariat Islam secara privasi yang hanya dihadiri ahli keluarga. Upacara itu diketuai oleh Ketua Imam di Pusat Islam Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri.
“Saya amat bertuah kerana berpeluang mengetuai umat Islam melakukan solat jenazah dan ‘menghantar’ salah seorang sahabat kita, Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat pulang ke negeri abadi.
“Saya juga ingin menyampaikan salam takziah buat seluruh keluarga dan mengucapkan terima kasih kerana telah mengiktiraf dan meraikan identiti barunya sebagai seorang Muslim,” ciapnya di Twitter.
Perjalanan Kerjayanya Di Pentas Antarabangsa
Sinead O’Connor bergelar penyanyi pada tahun 1980-an menerusi album pertama, The Lion and The Cobra. Namanya menjadi sebutan peminat selepas pelancaran album I Do Not Want What I Haven’t Got pada 1990. Lagu popularnya, Nothing Compares 2 U berjaya menembusi carta global dan dinobat lagu nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards. Sejak memeluk Islam pada 2018, dia menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat namun masih mengekalkan Sinead O’Connor sebagai nama pentas. Dua minggu sebelum meninggal dunia, dia berkongsi perancangan untuk melancarkan album baru pada awal tahun hadapan. Ibu kepada empat cahaya mata itu juga mahu menjayakan konsert jelajah dunia bermula akhir tahun 2024, malangnya hasrat itu tidak kesampaian. Baca: Keperitan Dilalui Sinead O’Connor 18 Bulan Sebelum PemergiannyaSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026


