Home > Gaya Hidup > Inspirasi Di Sebalik Pemilihan Nama Putera Sulung Remy Ishak
Inspirasi Di Sebalik Pemilihan Nama Putera Sulung Remy Ishak
Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aktor Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof menggalas status ibu bapa.
Genap tiga minggu kelahiran, pasangan itu sepakat mengumumkan nama cahaya mata sulung mereka kepada umum. Nama yang dipilih diinspirasikan daripada nama Melayu klasik iaitu Tuah Alam. Kata Remy Ishak, sejak bujang dia telah lama menyimpan hasrat untuk memberi nama berunsur kemelayuan buat anaknya.
“Masa bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki, saya nak letak nama ada unsur Melayu. Saya pilih nama Melayu, saya nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan isteri dan dia pun setuju.”
Menerusi rancangan Oh Baby Remy, pelakon Sangkar itu berkata dia ada menyenarai pendek beberapa nama lain sebelum memilih Tuah Alam. Dia turut menyangkal pendapat segelintir pihak yang mendakwa pemilihan nama Tuah ada kaitan dengan simbol kepahlawanan.
5 Puteri Eropah Yang Bakal Menaiki Takhta Sebagai Ratu
7 Destinasi Bulan Madu Penuh Romantis Yang Eksotik
Pergelutan Michelle Obama Pada Sedekad Pertama Perkahwinan
Gal Gadot Umum Berita Gembira Di Instagram
Ini Konsert Yang Bakal Menggegar Pentas Malaysia Tidak Lama Lagi!
Harry Styles Mendominasi Brit Awards 2023 Dengan Empat Trofi
Aktor berusia 41 tahun itu turut memaklumkan keadaan isteri dan anaknya sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai. “Isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah.”
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun perkenalan. Mac lalu, Remy Ishak mengesahkan isterinya hamil lima bulan sekali gus menamatkan spekulasi yang bertebaran. Jelasnya dia tidak berniat mahu merahsiakan berita baik itu tetapi sekadar mahu memastikan kehamilan berjalan lancar.
Foto: Instagram
Baca: Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Dengan Makna Istimewa Buat Anak Kedua

Foto: Instagram
“Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku Alexander. Tapi akhirnya kami pilih Tuah Alam. Nak ada nama campur juga pada mulanya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.“Tuah mungkin orang ingat sebab ia adalah nama pahlawan, tetapi ia bukan hanya kerana itu sahaja. Ini pendapat individu. Ada orang mahu letak nama Arab dengan maksud bagus. Tapi untuk saya Tuah itu… Kenapa tidak kita letak nama Melayu terus. Maksud Tuah adalah tuah. Jadi daripada pakai nama Arab, saya terus pakai nama Melayu sahaja,” ujarnya panjang lebar.
Remy Ishak Sertai ‘Kelab Bapa’
Dua tahun menyulam ikatan perkahwinan, Remy Ishak menerima kehadiran orang baru dalam keluarga setelah zuriat pertamanya dilahirkan pada hari Khamis, 27 Julai 2023. Tuah Alam dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada jam 11.17 pagi. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Remy Ishak menerusi satu hantaran di Instagram Story. “Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” tulisnya.
Foto: Instagram
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
