Selebriti Terkenal Hollywood Yang Memiliki Bisnes Beauty Line
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Sep 04, 2023
Semakin ramai bintang A-listed yang memiliki beauty line mereka sendiri. Daripada produk solekan, penjagaan rambut sehingga produk penjagaan kulit, selebriti terkenal kini semakin berebut-rebut menghasilkan produk terbaik milik mereka sendiri. GLAM senaraikan beberapa selebriti terkenal dengan jenama kecantikan yang mereka miliki.
Selebriti dan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Dulu, selebriti yang akan menjadi model atau duta buat sesuatu jenama kecantikan. Mereka melakukan kempen iklan untuk menarik pembeli dengan bayaran yang telah ditetapkan.
Hal ini kerana populariti dan pengaruh besar mereka menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah beauty line. Kini ianya masih sama, tetapi bezanya sekarang selain menjadi wajah kepada jenama kecantikan, mereka lebih bercita-cita tinggi dan berani mengeluarkan jenama kecantikan mereka sendiri.
Beauty Line Milik Selebriti Hollywood Terkenal
1. Fenty Beauty & Fenty Skin oleh Rihanna
https://www.instagram.com/p/CtkhwH-hguz/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA== Peminat yang sentiasa menantikan album baru daripada Rihanna mungkin masih perlu menunggu kerana Rihanna lebih sibuk dengan bisnes beauty line lima bintang! Sejak pelancarannya pada September 2017, produk kecantikan ini meraih perhatian yang meletup. Bukan sekadar jenama milik selebriti, Fenty Beauty mendapat reviu yang baik oleh peminat dunia kecantikan! Kualitinya yang tip top membuatkan Fenty Beauty terus diangkat sebagai salah satu produk solekan seiring dengan best beauty line yang lain. Sementara dunia menunggu muzik baharu Rihanna, dia memutuskan untuk mengembangkan lagi empayar estetikanya dengan pelancaran Fenty Skin pula. Rangkaian penjagaan kulit inklusif yang membuatkan sesiapa saja boleh kelihatan berseri seperti pengasasnya, Rihanna.2. Rare Beauty oleh Selena Gomez
https://www.instagram.com/p/CuXL3qxRJxu/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA== Pengasas Rare Beauty tidak lain dan tidak bukan, si cantik jelita Selena Gomez sememangnya handal menghasilkan produk solekan yang bermutu tinggi. Selena Gomez merupakan salah satu selebriti Hollywood yang sangat popular dan memegang tittle sebagai the most followed woman on Instagram dengan 428 juta followers. Seiring dengan popularitinya, produk kecantikan dia turut mempunyai peminat yang ramai. Rare Beauty dicipta pada Febuari 2019 dengan tanggapan ia juga mengenai kesihatan mental. Selena menginginkan Rare Beauty menjadi produk solekan yang seronok untuk dipakai buat semua, tanpa perlu mengejar beauty standard yang sentiasa berubah-ubah. Kini, ramai wanita di media sosial seolah-olah wajib ada sekurang-kurangnya satu item daripada Rare Beauty.3. Anomaly oleh Priyanka Chopra Jonas
https://www.instagram.com/p/ChS_orGuQ2B/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA== Anomaly merupakan produk penjagaan rambut oleh Priyanka Chopra yang agak baru dalam bisnes beauty line. Diasaskan pada Febuari 2021, namun dalam masa yang singkat, Anomaly menjadi jenama kecantikan selebriti kedua terkaya mengatasi Kylie Cosmetic, Rare Beauty dan beauty line yang lain. Rangkaian penjagaan rambut ini direka bentuk neutral jantina dengan estetik yang minimalis. Priyanka memuat naik di laman Facebook, “I saw a gap in the market for affordable, clean, and sustainable haircare, especially at an affordable price point, and so for the past year and a half I’ve poured my heart into bringing this brand to life”. Anomaly semestinya antara produk penjagaan rambut yang clean serta memberi fungsi yang menakjubkan!4. Rhode oleh Hailey Bieber
https://www.instagram.com/p/CwdExcGxItu/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA== Ramai yang mencemburui kulit flawless Hailey Bieber dan apabila Hailey mengeluarkan produk penjagaan kulitnya sendiri, berpusu-pusu orang ingin membelinya! Rhode merupakan beauty line yang dilancarkan pada Jun 2022 dan telah mendapat sambutan yang sangat tinggi. Tiga produk sulung Rhode ialah Peptide Glazing Fluid, Barrier Restore Cream dan Peptide Lip Treatment. Jenama ini boleh dikatakan manifestasi estetika “clean girl” yang menjadi trend terkini. Hailey Bieber yang terkenal dengan identitinya “less is more”, menunjukkan kecantikan boleh terhasil dengan hanya penjagaan rapi kulit dan ramai yang bersetuju dengannya!5. r.e.m Beauty oleh Ariana Grande
https://www.instagram.com/p/CwNTvd4LO5d/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA== Ariana Grande berjaya merahsiakan produk kecantikannya selama hampir dua tahun dan akhirnya dilancarkan pada November 2021. Beauty line milik penyanyi dan pelakon ini dikatakan seperti mempunyai jalan cerita tersendiri. Setiap pelancaran dibahagikan mengikut “chapters”. Bab pertama adalah tertumpu pada solekan, bab kedua pula memperkenalkan penjagaan kulit dan bab ketiga adalah membawa produk kulit ke dalam campuran. Dengan pengaruh popularitinya yang tinggi, 12 barisan produk sulung r.e.m Beauty laris dijual. Para peminat menyukainya dan menjadikan r.e.m Beauty ini menduduki carta bagi jenama selebriti terkaya keempat menurut Cosmetify. Artikel Berkaitan: 7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti LelakiAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
